AGEN | Agen ialah orang yang mewakili seseorang lain dalam urusan undang-undang, perniagaan, atau lain-lain. Orang yang mengupah agen dikenali sebagai prinsipal . Jika agen bertindak di dalam kuasa yang diberikan oleh prinsipal, maka prinsipal wajib bertanggungjawab seolah-olah dia yang bertindak. | UMUM | |
KILANG PERAS TENAGA | Kilang peras tenaga ialah istilah yang digunakan untuk kilang-kilang yang mengupah golongan papa kedana. Kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak yang bekerja bertungkus– lumus selama dua belas jam atau lebih sehari bagi mendapatkan makanan untuk meneruskan kehidupan. | UMUM | |
SOLANDER, DANIEL CHARLES | Solander, Daniel Charles (1736–1782) ialah ahli alamiah Sweden. Pada tahun 1768, ahli alamiah Inggeris, Sir Joseph Banks mengupah Solander sebagai pembantu saintifik dalam pelayaran penjelajahan pertama James Cook. Solander menjadi setiausaha dan pustakawan Bank, dan bekerja dengannya dalam beberapa buah projek sejarah alamiah. | UMUM | |