Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : menjadi kurus, merana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Peribahasa

Si rabun memimpin si buta.

Bermaksud :

Diri sendiri belum terurus, hendak mengurus orang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EXCHEQUER

Exchequer ialah sebuah jabatan dalam

Perbendaharaan United Kingdom. Ia mengumpul,

mengurus dan membelanjakan dana kerajaan.

Exchequer ialah sejenis akaun bank negara.

UMUM 
OXENSTIERNA, AXEL GUSTAFSSON

Oxenstierna, Axel Gustafsson (1583–1654)

ialah negarawan Sweden, merupakan sahabat dan

penasihat Raja Gustavus Adolphus. Kebijaksanaan

Oxenstierna sebagai negarawan membantu raja itu

mencapai kemenangan besar dalam peperangan.

Sebagai canselor, Oxenstierna mengurus hal ehwal

politik Sweden sejak tahun 1612 sehingga dia

meninggal dunia. Sweden mempunyai pengaruh

yang sangat besar terhadap Eropah pada zaman itu.

UMUM 
BAITULMAL

Baitulmal ialah badan berlandaskan syariah yang bertanggungjawab menyimpan atau mengurus kewangan dan harta benda dalam negara Islam. Dari segi bahasa, baitulmal bermaksud rumah harta. Dari segi istilah ia bermaksud satu institusi yang menyimpan hasil pendapatan negara dan kemudian mengagihkannya kepada yang berhak.

AGAMAInstitusi/Organisasi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi kerajaan yang menyedia dan mengurus segala keperluan dan hal ehwal kesihatan masyarakat.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
ROMANOV, GRIGORIY VASILYEVICH

Romanov, Grigoriy Vasilyevich (1923– ),

tokoh terkemuka Parti Komunis Kesatuan Soviet.

Parti Komunis menguasai kerajaan Kesatuan Soviet

sehingga tahun 1991. Romanov telah berkhidmat

sebagai ahli penuh Politburo parti tersebut dari

tahun 1976 hingga tahun 1985, dan sebagai ahli

Urusetia Jawatankuasa Pusat Parti tersebut dari

tahun 1983 hingga tahun 1985. Dia juga merupakan

ahli Presidium dari tahun 1970 hingga tahun 1985.

Politburo merupakan badan yang menentukan

dasar parti dan urusetia mengurus pentadbiran

hariannya. Presidium ialah sebuah badan penting

bagi kerajaan Soviet. Pada tahun 1985, Romanov

memohon untuk bersara dari semua jawatan,

disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Akan tetapi ramai pemerhati berpendapat bahawa

dia telah digugurkan kerana dia telah kehilangan

pengaruh dalam parti.

UMUM 
MAJLIS ISLAM SARAWAK

MAJLIS ISLAM SARAWAK, badan tertinggi dalam sistem pentadbiran Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada masa itu, badan ini bukan sahaja mengurus hal ehwal Islam tetapi juga upacara-upacara diraja warisan kebudayaan Melayu. Pada tahun 1971, bahagian ‘Adat Istiadat’ dalam badan tersebut digugurkan dan sejak itu Majlis Islam Sarawak menumpukan perhatian semata-mata kepada hal ehwal agama.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
DATU PIANG

DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PANGERAN DIGADONG

PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619).  Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas