KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI | Menguruskan hal-ehwal tenaga, telekom dan pos. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH | Menguruskan hal-ehwal tanah dan koperasi. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
AGENSI PELANCONGAN | Agensi pelancongan ialah perniagaan yang membantu mengatur perjalanan dan percutian orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini juga menawarkan panduan bagi pelanggannya untuk memperoleh pasport dan visa yang diperlukan untuk melancong ke luar negara. Agensi pelancongan juga memberikan maklumat tentang undang-undang dan peraturan sesebuah negara kepada pelanggannya. Agensi ini mengatur pelancongan untuk orang perseorangan atau secara berkumpulan. | UMUM | |
PERKHIDMATAN AWAM | Perkhidmatan awam terdiri daripada pekerja di bawah jabatan kerajaan untuk mentadbir perkhidmatan awam sesebuah negara. Contohnya, pegawai yang menguruskan bahagian perkhidmatan luar negeri, jabatan percukaian dan jabatan kesihatan awam adalah antara kakitangan awam. Di kebanyakan negara, polis dan guru sekolah adalah pekerja terus bagi negeri dan dianggap sebagai kakitangan awam. Di sesetengah negara, pegawai kanan sebuah syarikat awam yang dikawal oleh kerajaan juga dianggap sebagai kakitangan awam. Di kebanyakan negara, pekerja yang berkhidmat dengan pasukan ketenteraan atau bekerja di bawah kerajaan tempatan tidak dikira sebagai kakitangan awam (lihat Kerajaan tempatan) . | UMUM | |
ANESTETIK | Anestetik merupakan satu cabang perubatan yang berkaitan dengan penggunaan dadah untuk menghilangkan kesakitan dan tekanan semasa pembedahan dan bersalin. Doktor dalam bidang ini dinamakan pakar bius. Dia menguruskan dadah yang disebut anestetik. | UMUM | |
MEMBELAH KAYU | Membelah kayu ialah sejenis sukan pertandingan yang popular di Australia dan New Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu termasuk peserta dari luar negara. Badan yang menguruskan pertandingan itu di Australia ialah Persatuan Pengapak Kayu Australia. | UMUM | |
BURGHLEY, LORD | Burghley, Lord ( 1520–1598) juga dieja Burleigh, ialah negarawan Inggeris. Burghley menguruskan hal ehwal luar dan dalam England semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I, satu zaman yang sering dikenali sebagai Zaman Keemasan Inggeris. | UMUM | |
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN | Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (1869–1957), ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan, maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TABUNG HAJI | TABUNG HAJI, badan yang menguruskan pemergian umat Islam menunaikan haji di Makkah, dan merupakan satu-satunya badan amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia. Tabung Haji atau nama penuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji ditubuhkan pada 8 Ogos 1969. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |