| GOTONG-ROYONG | GOTONG-ROYONG, tolong-menolong dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan atau kegiatan. Amalan ini menjadi tradisi di kalangan orang Melayu sejak dahulu. Gotong-royong ini dikenal juga sebagai berderau atau menyeraga. | BUDAYA | Konsep |
| GETAH HUTAN | GETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
| SISTEM KANGCU | SISTEM KANGCU, sistem pentadbiran yang popular di kalangan masyarakat Cina yang mengusahakan ladang-ladang gambir dan lada hitam di Johor pada abad ke-19. pada ketika itu, Johor di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim. Johor mempunyai tanah yang luas yang masih belum diteroka dan sesuai untuk kedua-dua jenis tanaman tersebut. Kebanyakan kawasan ladang ini terletak di kawasan tebing sungai. Sistem Kangcu ini dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem pajak Cina terawal di negara ini dan satu daripada cara kerajaan Johor mengawal beratus ribu orang Cina di negeri itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| DATO' SAGOR | DATO’ SAGOR (? -1877), Orang Besar Delapan Perak bergelar Dato’ Seri Agar Diraja. Dia lahir di Kampung Gajah, Perak. Nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin. Ketika muda, Dato’ Sagor berpindah ke Larut mengusahakan lombong bijih timah bersama-sama Ngah Ibrahim. . | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA | JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
| MARHAN | MARHAN (1945 - ) penyair dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1945 di Machang, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Salleh. Marhan melanjutkan pengajiannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, hingga lulus Sijil Tinggi Kolej tersebut. Kemudian dia bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pembantu penyelidik di Bahagian Perkamusan. Pada tahun 1970, Marhan meninggalkan DBP lalu menubuhkan dan mengusahakan sekolah swastanya sendiri Institut Kebangsaan Machang. Institut ini kemudiannya diubah nama menjadi Institut Al-Huda dengan bahasa pengantar bahasa Melayu dan Arab. Selain sebagai pengetua Institut Al-Huda, Marhan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Daerah Machang. | SASTERA | Tokoh |
| ZAIHASRA | ZAIHASRA (1951-1989), penulis dan penyair. Dia lahir pada 28 Februari 1951 di Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka. Nama sebenarnya ialah Zaiton binti Abdullah. Dia mendapat pendidikan di Melaka hingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia pernah bertugas sebagai Penerbit Rancangan Sastera di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berhenti pada tahun 1980 untuk mengusahakan perniagaan sendiri iaitu Syarikat Jitu Sdn. Bhd. | SASTERA | Tokoh |
| RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN | RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN ( ? -1882), kerabat diraja Selangor. Dia adalah cucu Sultan Muhammad, Sultan Selangor. Dia juga salah seorang yang terlibat dalam Perang Kelang. Raja Mahadi tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah yang mentadbir jajahan Kelang. Ini kerana pada masa jajahan itu ditadbirkan oleh ayahandanya, Raja Sulaiman, pendapatan tidak banyak kerana perlombongan bijih timah belum berkembang. Setelah Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah, dia telah menggalakkan orang Cina mengusahakan lombong bijih timah. Usaha ini telah memajukan daerah Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |