ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO)] mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. Kerajaan persekutuan menubuhkan ASIO pada tahun 1949. | UMUM | |
PERKHIDMATAN PERISIKAN | Perkhidmatan perisikan ialah agensi yang peranan utamanya mengumpul dan menilai maklumat untuk diberikan kepada pemimpin- pemimpin politik dan tentera sesebuah negara. Pemimpin-pemimpin tersebut akan menggunakan maklumat yang dinamakan risikan bagi membuat keputusan dan membentuk dasar dalam peperangan, hal-ehwal luar negeri dan juga dalam kerajaan. | UMUM | |
ANALISIS KOS FAEDAH | Analisis kos faedah, sejenis kajian ekonomi, yang menilai kos dan faedah sesuatu projek atau rancangan yang sedia wujud, atau yang telah dicadangkan untuk masyarakat. Perancang kerajaan dan industri menggunakan analisis kos faedah untuk membantu mereka membuat keputusan. | UMUM | |
KRITIKAN | Kritikan ialah analisis dan penilaian terhadap karya seni. Kritikan cuba menterjemah dan menilai karya tersebut, dan mengamati kepada prinsip yang dapat difahami. Kritikan ialah cubaan untuk mempertingkat piawai yang tinggi dalam kalangan artis dan usaha untuk menggalakkan seni. Ia juga membantu masyarakat terus sedar akan nilai karya seni dahulu dan masa kini. | UMUM | |
SPIROMETER | Spirometer ialah alat untuk mengukur amaun udara apabila seseorang bernafas. Doktor menggunakan spirometer terutamanya untuk mendiagnosis gangguan pernafasan tertentu dan untuk menilai rawatan. | UMUM | |
MUHASABAH | Muhasabah, perbuatan menilai diri dengan tujuan memperbaik kekurangan diri atau disebut sebagai introspeksi. | AGAMA | Konsep |
KRITIKAN SASTERA | Kritikan sastera, cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai karya sastera dengan menggunakan kaedah tertentu.. | SASTERA | Konsep |
AUSTRALIAN SECURITY INTELLIGENCE ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO) mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. | UMUM | Umum |
NEUROLOGI | Neurologi ialah bidang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan terhadap penyakit sistem saraf dan otot. Sistem saraf mengandungi otak, saraf tunjang, dan saraf (lihat Sistem saraf ). Ahli neurologi ialah doktor yang menerima latihan kepakaran dalam neurologi selepas tamat sekolah perubatan dan latihan sambil kerja. Mereka menilai dan merawat pesakit yang mengalami sakit kepala, mendapat serangan sakit jantung tiba-tiba, atau strok atau pesakit yang mendapat gangguan seperti penyakit Alzheimer, Huntington, meningitis, sklerosis berbilang, distrofi otot, dan Parkinson. | UMUM | |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |