MUKHTAR AL-THAQAFIY AL- | Mukhtar al-Thaqafiy al- (1 H.–67 H/622 M.–687 M.), salah seorang daripada ketua revolusi menentang kerajaan Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Abu Ishaq al Mukhtar ibn Abi ibn Mas’ud al- Thaqafi. Dia berasal daripada Taif dan berpindah ke Madinah mengikut bapanya semasa pemerintahan Khalifah Umar r.a. Bapanya pergi ke Iraq dan syahid dalam Perang al-Jisri, meninggalkan al-Mukhtar al- Taqafiy di Madinah dan hidup di kalangan Bani Hasyim. Abdullah ibn Umar mengahwini kakaknya yang bernama Safiyyah. Kemudian al-Mukhtar al- Taqafiy hidup bersama ‘Ali r.a. di Iraq dan tinggal di Basrah selepas kematian Ali. | UMUM | |
DAENG MENAMBON | DAENG MENAMBON (? - ?), Raja Mempawah (Kalimantan Barat), putera Opu Tendribureng Daeng Rilaka yang kedua. Daeng Rilaka ialah sepupu Raja Bone (Arumpone), di Sulawesi Barat Daya. Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi dan mengembara ke tanah barat pada akhir abad ke-17. Pada waktu itu, Sultan Muhammad Zainuddin Raja Matan (daerah di pantai Kalimantan Barat), dipaksa oleh adiknya meninggalkan kerajaannya. Sultan Muhammad Zainuddin meminta bantuan putera Daeng Rilaka, Raja Bugis berlima saudara. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DAENG MANAMPOK | DAENG MANAMPOK (? -1735), pemimpin Bugis. Dia dikenal juga dengan nama Raja Tuan Bugis. Dia ialah putera Raja Lampoko (Sulawesi Barat Daya) yang pernah menghina Raja Bugis, Arung Palaka pada tahun 1690, lalu meninggalkan Sulawesi dan pergi ke Jawa. Menurut rekod Belanda, pada tahun 1711 Daeng Manampok menetap di Linggi, berhampiran dengan tempat tinggal Daeng Marewah di Sungai Penagie, Linggi. Dia membantu Daeng Marewah menguasai daerah timah di Linggi dan Selangor dan mengiringi Daeng Marewah ke Kedah untuk membantu Raja Kedah dalam perang saudara di Kedah pada tahun 1715. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CIREBON | CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |