Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : sj tumbuhan, belinjau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,

Puisi
 

Sirandah daunnya hijau,
     Ambil sepenggal akan pelacut;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Akan mencari lawanan patut.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSYAWARAH MUSYAWARAH , kaedah yang digunakan oleh anggota masyarakat, khususnya pemimpin, untuk meninjau dan membulatkan pendapat dan saranan ramai tentang masalah yang melibatkan kepentingan bersama. Musyawarah dijalankan atas prinsip tertentu yang harus dijunjung dan dipelihara bersama bagi menjamin keutuhan masyarakat tersebut. Sejak mula diamalkan dalam masyarakat purba hingga sekarang, musyawarah merupakan satu amalan demokrasi yang bertindak sebagai penghalang kepada merebaknya kepimpinan autokratik. Dalam Islam, musyawarah terbit daripada konsep syuro’ yang bermaksud bermesyuarat beramai-ramai untuk membincangkan kepentingan ummah dan menyelesaikannya menurut hukum syariah.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKaedah
MUSLIM IBN ‘AQIL

Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta

berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn

‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim.

Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar

menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar

oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk

meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn

menerima banyak surat yang menyerunya agar

datang ke Kufah untuk dibai’ah.

UMUM 
LAPORAN BARNES

LAPORAN BARNES, laporan pendidikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Barnes bertujuan meninjau pendidikan pelajar Melayu. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950. Jawatankuasa ini terdiri daripada 14 orang ahli dan dipengerusikan oleh L.J Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan  percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas