Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ru] | منيرو

Definisi : 1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dll) orang dll, mencontoh, mene­ladan: kanak-kanak dgn senang dapat mem-bentuk sesuatu tabiat dgn jalan ~; ahli kelakar itu berkelakar dgn ~ cara bangsa lain bercakap; 2. membuat sesuatu yg bukan asli (tulen), memalsukan: orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ru] | منيرو

Definisi : 1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiru
Kata Terbitan : meniru, meniru-niru, tiruan, peniruan, peniru,

Peribahasa

Katak hendak jadi lembu.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PHYFE, DUNCAN

Phyfe, Duncan (1768–1854) ialah pembuat

kabinet dan pereka bentuk perabot Amerika yang

terkenal. Phyfe mempopularkan gaya Persekutuan

pada perabot Amerika. Dia meniru gaya ini

daripada gaya neoklasik Inggeris yang terdapat

pada pertengahan tahun 1700-an.

UMUM 
PIRANESI, GIOVANNI BATTISTA

Piranesi, Giovanni Battista ( 1720–1778),

pelukis gambar teraan yang terkenal kerana

karyanya tentang seni bina Rom lama. Hasil karya

tersebut mendorong arkitek untuk meniru corak

seni bina Rom lama dan mempengaruhi gaya

neoklasik dalam seni pada tahun 1700-an.

UMUM 
ORIGAMI

Origami ialah seni melipat kertas untuk dijadikan

objek hiasan. Istilah yang berasal daripada

perkataan Jepun ini bererti kertas yang berlipat.

Terdapat kira-kira 100 bentuk origami tradisional,

kebanyakannya meniru bentuk semula jadi seperti

burung, bunga, dan ikan.

UMUM 
ONOMATOPEA

Onomatopea ialah kata yang dibentuk dengan meniru bunyi alamiah atau bunyi semula jadi yang dikeluarkan oleh haiwan, manusia atau benda.

BAHASAKonsep
TELINGA

Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita

mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria

yang sangat penting. Pendengaran membolehkan

kita berhubung antara satu sama lain melalui

pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri

amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak

belajar bercakap dengan cara mendengar

dan kemudiannya meniru percakapan orang lain.

UMUM 
MENARA MARTELLO

Menara Martello ialah menara pertahanan yang

dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan

dan pantai tenggara England serta pantai timur

Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng

pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon.

William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara

Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent,

dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah

menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi

menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya

setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan

pada bumbung setiap menara.

UMUM 
PROSTETIK

Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan

yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk

tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai

prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh

yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit

atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu

atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat

mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang.

(2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih

ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set

gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang

memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas.

UMUM 
LATAH

LATAH. Suatu gangguan saraf yang menyebabkan seseorang itu hilang penguasaan terhadap kelakuan sendiri, suka meniru atau mengikut suruhan orang, sama ada kata-kata atau perbuatan dengan tidak disengajakan kerana terganggu, terperanjat atau terkejut.

BUDAYAPenyakit
SAPPHO

Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup

pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai

Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita

terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada

karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan

beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh

pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan

emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang

nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya,

terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan

Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang

dikenali sebagai Sapphic .

Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau

Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita

muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan

mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis.

UMUM 
SASTERA HIKAYAT

SASTERA  HIKAYAT,  bentuk sastera Melayu yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rekaan.  Masyarakat Melayu tradisional pada umumnya menerima istilah sastera hikayat sebagai mengandungi makna cerita, kisah, riwayat, ceritera dan sebagainya.  Makna yang umum ini didasarkan secara longgar pada makna yang kedua yang merujuk kembali kepada perkataan yang berasal daripada bahawa Arab iaitu ‘haka’ yang mengandungi maksud menceritakan, melukiskan, meniru, mewartakan, mirip (atau yang seakan-akan), berkata dan meneruskan.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas