| PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG | PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu. Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17. Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu. | BUDAYA | Pakaian |
| KOTA JELASIN | KOTA JELASIN, salah sebuah ibu negeri Kelantan pada zaman silam. Mengikut sejarah tempatan, Kota Jelasin telah dibina oleh Raja Abdullah dan permaisurinya Puteri Sa’adong atas titah Che Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong, sebuah negeri di Kelantan dengan ibu negerinya di Chetok yang terletak dalam jajahan Pasir Mas sekarang. Kota Jelasin dibina sekitar tahun 1633 sempena pelantikan Raja Abdullah dan Puteri Sa’adong sebagai raja pemerintah. Sumber tempatan lain pula menyebut Puteri Sa’adong telah dilantik oleh Che Siti Wan kembang menjadi raja di Kota Jelasin pada tahun 1677. Manakala sebuah sumber tempatan lain menyebut, setelah Raja Abdullah berkahwin dengan Puteri Sa’adong, baginda telah dilantik sebagai raja negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan gelaran Sultan Abdullah dan kemudian baginda telah membina Kota Jelasin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| RANUNKULUS | Ranunkulus ialah nama saintifik bagi kira-kira 250 spesies tumbuhan saka dalam famili butterkup. Tumbuhan ini mempunyai akar berubi. Kebanyakan spesies berbunga putih, kuning atau merah. Bunganya berbentuk mangkuk dan cenderung menjadi leper apabila kembang. | UMUM | |