Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ya.kan] | منجاياکن

Definisi : menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.ya.kan] | منجاياکن

Definisi : menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN BUBU

TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu.  Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah.  Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun.  Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini.  Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SAHABAT

SAHABAT, akhbar bertulisan jawi sebelum Perang Dunia Kedua.  Sahabat mula diterbitkan pada 15 Februari 1939 oleh Mohd. Tamim bin Deman dan dicetak oleh Al-Huda Press di Pulau Pinang.  Akhbar yang mengandungi 44 halaman ini diterbitkan tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.  Pengarang yang menjayakan penerbitan Sahabat ialah Syed Ahmad bin Syekh, Haji Abdul Aziz bin Syekh Rahmat, Ahmad Boestamam, Ahmad Noor Abdul Shukor (Adnan al-Fikri) dan Mohd. Samin Taib.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas