Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.non.jol] | منونجول

Definisi : 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas men­colok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.non.jol] | منونجول

Definisi : 1 menganjur ke luar; terkeluar sedikit. 2 jelas kelihatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tonjol (kata nama)
Bersinonim dengan bengkak, benjol, jendul, bonggol, bongkol, bincul, ponok;,
Kata Terbitan : menonjol, menonjolkan, tertonjol,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANJUNG

Tanjung ialah kawasan bumi yang menonjol ke

arah laut, tasik, atau lautan. Tanjung yang biasanya

terbentuk pada bahagian hujung pulau dan benua,

juga dikenali sebagai tanjung tinggi. Air yang

mengelilingi pesisiran tanjung biasanya bergelora,

dan ini menyulitkan pelayaran.

UMUM 
THOMPSON, DALEY

Thompson, Daley (1958– ), salah seorang

ahli sukan British yang menonjol dalam semua

bidang. Dalam Sukan Olimpik 1980 dan 1984

Thompson memenangi pingat emas dalam acara

dekatlon , iaitu pertandingan dua hari yang teruk

yang terdiri daripada 10 acara olahraga yang

berlainan. Thompson memecahkan rekod dunia

dengan memperoleh markah tertinggi dalam

acara dekatlon sebanyak tiga kali. Dia juga

memenangi pingat emas bagi acara dekatlon di

Kejohanan Dunia 1983, Kejohanan Eropah 1982,

dan Sukan Komanwel 1978, dan 1982. Francis

Daley Thompson lahir di London.

UMUM 
BURUNG HOOPOE

Burung hoopoe ialah sejenis burung yang

mempunyai jambul yang menonjol di atas

kepalanya manakala sayap serta ekornya pula

berbelang-belang.

UMUM 
SIGNUS

Signus ialah buruj yang terletak di Hemisfera

Utara. Ciri buruj ini yang paling menonjol ialah

Palang Utara yang terbentuk daripada lima buah

bintangnya yang paling terang. Bintang Deneb,

iaitu bintang yang paling terang, menandakan

bahagiannya yang paling atas yang menghala

ke timur laut. Bintang berpasang Albireo pula

menandakan bahagian bawahnya yang menghala

ke barat daya.

UMUM 
YUCCA

Yucca ialah nama sekumpulan kira-kira 40

spesies pokok renek atau pokok dalam famili

agave. Pokok yucca mempunyai rupa yang

menonjol. Yucca ialah pokok malar hijau, iaitu

daunnya tidak luruh setiap tahun.

UMUM 
NASA'IY, ABU 'ABD AL-RAHMAN AL-

Nasa’iy, Abu ‘Abd al-Rahman al- (215–303 H/

830–915 M), salah seorang imam hadith yang

menonjol dan penghafaz hadith yang diyakini

riwayatnya serta sarjana terkenal. Nama sebenarnya

ialah Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad ibn Shu‘ayb ibn

‘Ali al-Khurasaniy al-Nasa’iy al-Kabir, seorang kadi,

imam dan Shaykh al-Islam. Dia menjelajah

beberapa buah negeri dalam usaha mencari ilmu

daripada ulama-ulama seperti di Khurasan, Iraq,

Hijaz, Mesir, Sham, al-Jazirah dan lain-lain. Dia

berpindah ke Qutaybah ketika berumur 15 tahun.

Al-Hakim berkata: “Al-Nasa’iy ialah ulama yang

mempunyai ilmu yang mendalam di Mesir pada

zamannya, dan merupakan yang paling arif di

kalangan ulama mengenai hadith-hadith yang sahih

dan hadith-hadith yang ditolak berserta dengan

perawinya”. Al-Nasa’iy banyak mengarang kitab,

antaranya ialah al-Sunan al-Kubra dalam bidang

hadith; al-Mujtaba, iaitu al-Sunan al-Sughra;

Khasa’is ‘Ali; Musnad ‘Ali dan al-Du‘afa’ wa al-

Matrukun bi Musnad Malik .

UMUM 
SESSHU

Sesshu (1419–1506), sami Buddha, yang

merupakan pelukis landskap Jepun yang paling

masyhur dalam tradisi lukisan dakwat Cina.

Gaya lukisannya mudah dikenali melalui gubahan

yang begitu menonjol, lukisan yang begitu

berpengaruh dengan mengetepikan unsur

permodelan yang halus. Mahakaryanya ialah

satu gulungan panjang lukisan yang

menggambarkan pemandangan sungai di China.

Sesshu mempelajari seni lukis dengan

mengkaji karya pakar lukisan dakwat Cina

tahun 1200-an.

UMUM 
SEMUT BULL

Semut bull termasuk beberapa spesies semut

di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap

semut betina sesetengah spesies tumbuh

sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh

menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan

rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh

menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan

menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa

ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang.

Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di

pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja

memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli

sains menggangap semut bull ini antara semut

yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur

sosial sekompleks spesies yang lebih maju.

UMUM 
SIMONE MARTINI

Simone Martini (1285?–1344), pelukis Itali

yang lahir di Siena, pusat seni yang terkemuka

pada tahun 1300-an. Gaya yang berwarna-warni,

berbunga-bunga tetapi realistik merupakan

contoh hasil lukisan sekolah Siena yang

menonjol.

UMUM 
BURTON, RICHARD

Burton, Richard (1925–1984), terkenal sebagai

bintang filem dan pelakon pentas. Kejayaannya

disebabkan terutamanya oleh wataknya yang

menonjol dan pertuturannya yang bergaya lirik.

UMUM 
12

Kembali ke atas