Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.taf.sir.kan] | منتفسيرکن

Definisi : 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.taf.sir.kan] | منتفسيرکن

Definisi : 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM 
TILLICH, PAUL

Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi

kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah

pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya

Theology of Culture (1959), dia menganalisis

bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi

keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan

kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol

dan mitos keagamaan yang dibincangkannya

dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya

yang terbaik ialah Systematic Theology (1951,

1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid.

Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud

Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait

dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan

pemikiran moden.

UMUM 
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM 
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 

Kembali ke atas