ONN JAAFAR, DATO' | Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir, Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad (1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama. | UMUM | |
ABU BAKAR BAGINDA, DATO' | ABU BAKAR BAGINDA, Dato’ (1899-1972), Menteri Besar Selangor yang dilantik oleh Sultan pada zaman kolonial dan Menteri Besar Selangor yang pertama (1959-1964) yang dipilih melalui pilihan raya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
IBRAHIM FIKRI, TAN SRI | IBRAHIM FIKRI, Tan Sri (1920-1973), Menteri Besar Terengganu (1961-1970). Dia lahir di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Dia mendapat pendidikan Melayu, Arab dan Inggeris. Dia merupakan bekas penuntut Madrasah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (kini Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JAAFAR HAJI MOHAMAD, DATUK | JAAFAR HAJI MOHAMAD, Datuk (1838-1919), Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1833-1893). Dia lahir di Teluk Belanga, Singapura. Dia mendapat pendidikan Melayu, agama dan Inggeris secara tidak formal di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUHAMMAD ASRI HAJI MUDA | MUHAMMAD ASRI HAJI MUDA, Tan Sri (1923-1992), ahli politik, Menteri Besar Kelantan yang keempat (1964-1972). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS | ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri. | BUDAYA | Konsep |
MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, TAN SRI | MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, Tan Sri (1907-1996), Menteri Besar Negeri Sembilan (1959-1969). Dia lahir pada 31 Oktober 1907 di Linggi, Negeri Sembilan. Dia merupakan anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berkelulusan doktor pakar dalam bidang perubatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED NASIR, DATO' | MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977). Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya. Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ISHAK LUTFI HAJI OMAR, DATO' | ISHAK LUTFI HAJI OMAR, Dato’ (1914-1992), ahli politik dan Menteri Besar Kelantan (1959-1964). Dia lahir di Kota Bharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Kota Bharu. Kemudian dia melanjutkan pendidikan agamanya di Makkah selama lebih kurang sembilan tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD. DAUD ABD. SAMAD | MOHD. DAUD ABD. SAMAD (1925-1982), Menteri Besar Terengganu (1959-1961). Dia lahir di Besut, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Kelantan (1935-1939), Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu (1940-1941) dan sekolah pondok di Besut, Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |