Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.duh] | منودوه

Definisi : 1. menunjuk dan mengata­kan seseorang melakukan kejahatan (kecu­rangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengada­kan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.duh] | منودوه

Definisi : 1 menunjuk dan mengatakan bahawa seseorang melakukan sesuatu kejahatan dll: Ia ~ kawannya mencuri wang itu. 2 menyangka sese­orang melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang; mendakwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuduh
Kata Terbitan : menuduh, tuduh-menuduh, tertuduh, tuduhan, penuduh,

Peribahasa

529

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Kera menjadi monyet

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : kera menjadi monyet.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI SALIH A.S.

Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud.

Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar

menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah

Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum

baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah

SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah

seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda

sebagai ahli sihir.

UMUM 
PERANG TANDING

Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan

bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan

mengikut satu set undang-undang atau peraturan

dan biasanya dilakukan dengan kehadiran

beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu

hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan

biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi

dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka

menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding

boleh berpunca daripada pertelingkahan

mengenai harta, menuduh seseorang sebagai

pengecut, gangguan terhadap keluarga atau

maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian.

UMUM 
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 

Kembali ke atas