REMAJA | Remaja ialah seseorang yang hampir menjadi dewasa. Perkataan Inggeris bagi dewasa “adolescent” berasal dari istilah Latin iaitu adolescens , yang bererti membesar atau menuju sesuatu. Seorang remaja ialah orang yang “menuju” kedewasaan. Kebanyakan masyarakat Barat menganggap seseorang yang berumur antara lebih kurang 13 hingga sekurang-kurangnya 18 tahun sebagai remaja. Dalam masyarakat begini, keremajaan secara kasarnya bersamaan dengan zaman remaja. | UMUM | |
ANGIN PASAT | Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal pedagang banyak bergantung pada angin pasat. | UMUM | |
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi secara rasmi pada bulan Julai 1998. Ia menjadi simbol terbaru kebanggaan Malaysia menuju ke arah alaf baru. KLIA terletak berhampiran Sepang, kira-kira 50 kilometer selatan Kuala Lumpur. | UMUM | Umum |
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN | Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima utama seperti Al-Walid ibn ‘Uqbah , ‘Amru ibn al’ As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah dan Yazid ibn Abu Sufian. | UMUM | |
SUNGAI PARNAIBA | Sungai Parnaiba berpunca dari Pergunungan Tabatinga berhampiran sempadan negeri Goiás, Brazil. Sungai ini mengalir sejauh 1370 kilometer ke timur laut menuju Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta]). Ia merupakan sempadan di antara negeri Maranhão dengan negeri Piaui. Cabang utamanya meliputi Sungai Balsas, Gurgueia, Caninde, Poti dan Longa. Kapal mengangkut lilin carnauba, kapas, beras dan tembakau belayar kira-kira sejauh 480 kilometer dari Floriano ke bandar Parnaiba di pinggir Lautan Atlantik. | UMUM | |
SUNGAI MACKENZIE | Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort. Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5 kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie. | UMUM | |
SUNGAI NEVA | Sungai Neva menyambungkan tiga sistem jalan air di Kesatuan Soviet. Panjang sungai ini hanya 72 kilometer. Bahagian hulunya bermula di hujung selatan Tasik Ladoga dan mengalir ke barat menuju ke Teluk Finland di Leningrad. Ia adalah sebahagian daripada sistem Sungai Ladoga-Volga yang menghubungkan Laut Baltik dengan Laut Kaspia. | UMUM | |
SNOWY | Snowy ialah sebatang sungai di tenggara New South Wales dan timur Victoria, Australia. Sungai ini bermula berhampiran Gunung Kosciusko di Pergunungan Snowy dan mengalir kira-kira sejauh 430 kilometer menuju muaranya berhampiran Orbost di timur Gippsland. Sungai ini mempunyai kawasan tadahan seluas 12 945 kilometer persegi. Sungai ini menjadi masyhur apabila penyair berketurunan Australia yang bernama Banjo Paterson menerbitkan puisinya, “The Man from Snowy River” pada tahun 1895 (lihat Paterson, Banjo). | UMUM | |
TASIK LADAM | Tasik ladam ialah tasik berbentuk anak bulan yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini akhirnya memisahkannya daripada sungai utama. Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap. | UMUM | |
SUNGAI URUGUAY | Sungai Uruguay ialah sebahagian daripada sistem Sungai Paraná dan Sungai La Plata di Amerika Selatan. Sungai Uruguay bermula di negeri Santa Catarina, di bahagian selatan Brazil. Ia mengalir ke barat dan menuju ke selatan sepanjang kira-kira 1600 kilometer, sebelum berakhir di Teluk Río de la Plata. Sungai Uruguay membentuk sebahagian sempadan antara Brazil dan Argentina. Sebelum berakhir di Río de la Plata, sungai ini membentuk sebuah tasik selebar antara enam hingga 11 kilometer. Lihat Brazil (peta); Uruguay (peta). | UMUM | |