Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pas.kan] | منومڤسکن

Definisi : menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunah­kan, memusnahkan: mereka memimpin pasukan negeri utk ~ pemberontakan; beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pas.kan] | منومڤسکن

Definisi : 1 membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-­askar itu dpt ~ komunis di kawasan sempadan. 2 mengalahkan atau menewaskan pihak lawan dlm per­­lawanan sukan: Pasukan Selangor telah ~ pasukan Kedah 2-0. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpas (kata kerja)
Bersinonim dengan tewas, kalah, tertawan, kecundang, gagal, kandas, hampa, terguling, gugur, jatuh, tumbang, musnah, binasa, jahanam, hancur, punah, tumpur;,
Kata Terbitan : menumpaskan, ketumpasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTHUR, SIR GEORGE

Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan

gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari

tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong

pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah

jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia

tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas

dan sering kali menyebabkan mereka

memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan

mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan

pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada

tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni

yang terpisah daripada New South Wales dan

mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur

mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang

cekap dan banyak berusaha menumpaskan

perompakan di tanah jajahan tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas