LARAS | LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah ‘Laras yang Dua, Luak Yang Tiga’. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan ‘Raja Tiga Sila’ iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan ‘Besar Empat Balai’ iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Adat |
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA | UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA, peraturan-peraturan yang diaplikasikan kepada penganut agama Islam di negara ini. Peraturan ini berkaitan dengan soal keluarga, ibadah, akhlak, kesalahan terhadap agama dan tatacara kehakiman yang diambil daripada Hukum Syarak dan diubah suai menurut adat Melayu dan keperluan tempatan. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN MAKASSAR | ADAT PERKAHWINAN MAKASAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Makasar di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sejak awal abad ke-17, orang Makasar telah menerima aturan perkahwinan menurut ajaran Islam. Walaupun demikian, upacara dalam perkahwinan tetap diselenggarakan mengikut adat istiadat. | BUDAYA | Konsep |
BODI CANIAGO | BODI CANIAGO, nama suku matrilineal dan salah satu daripada dua laras atau tradisi politik Minangkabau. Organisasi sosial tradisional Minangkabau yang terpenting ialah suku, yang bersifat geneaologis. Setiap negeri iaitu perkampungan yang merupakan sebuah kesatuan komuniti adat terdiri daripada beberapa suku. Menurut tradisi Minangkabau, ada empat suku yang asli, iaitu Bodi, Caniago, Koto dan Piliang. Sebuah suku diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
DATO' KELANA SUNGAI UJONG | DATO’ KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato’ Kelana ialah Dato’ Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato’ Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |