Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARARATON

PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan.  Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya.  Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib.  Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat.  Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa.  Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya.  Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit.  Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya.

SASTERAPenerbitan
SERIGALA JADIAN

Serigala jadian, menurut kepercayaan tahayul,

ialah orang yang menukar dirinya menjadi serigala.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan werewolf

berasal daripada istilah Inggeris Lama, iaitu

werwulf , yang bermaksud serigala-manusia .

Serigala jadian terdapat dalam kebanyakan cerita

lama. Dalam beberapa cerita, ia menukar dirinya

menjadi serigala dengan menyarung kulit serigala

ke badannya, dengan meminum air daripada kesan

tapak kaki serigala, atau dengan menyapu salap

ajaib pada tubuhnya. Dalam cerita lain pula,

manusia ditukar menjadi serigala jadian oleh kuasa

sakti orang lain.

UMUM 
SFINKS

Sfinks ialah makhluk khayalan dalam mitos purba.

Orang Mesir, Yunani, dan orang di Timur Dekat,

kesemuanya mempunyai cerita mengenai makhluk

ini. Menurut pelbagai kisah, sfinks mempunyai

badan berbentuk singa dan berkepala manusia,

falko, atau biri-biri jantan. Sesetengah sfinks juga

mempunyai sayap dan ekor ular.

UMUM 
KEKAWIN

KEKAWIN, cerita berirama. Kekawin juga dikenal sebagai kakawin (Jawa-kuno) atau kakawen dan kakawian (Sunda). Kekawin selain disenandungkan, biasa pula ditembangkan oleh dalang sewaktu memainkan wayang golek dan wayang kulit atau jenis wayang lainnya di panggung. Jadi cerita ini bertembang yang juga disebut tembang gede (nyanyian, senandung besar). Tembang gede itu dalam kitab-kitab kuno masih menurut syarat-syarat Hindu, dengan jalan irama yang tetap dan tidak boleh berubah sedikit pun.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas