Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ji.kan] | مڽاجيکن

Definisi : 1. menghidangkan makanan: Mak Andeh masih sibuk ~ hidangan; 2. ki memberikan (karangan, hiburan, dll), mem-persembahkan, mengetengahkan: di samping cerpen-cerpen asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ji.kan] | مڽاجيکن

Definisi : menghidangkan (ma­kanan dsb); menyediakan (makanan dsb) di meja dll: Tuan rumah telah ~ berbagai-bagai makanan utk kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saji (kata nama)
Bersinonim dengan hidangan, makanan, penganan, suguhan, habuan perut, pangan, solak, ayapan, persembahan, santapan, sarapan;,
Kata Terbitan : menyajikan, tersaji, sajian, penyajian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESTORAN

Restoran ialah tempat perniagaan yang

menyajikan makanan dan minuman kepada orang

awam. Pada mulanya, restoran menjalankan

perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara

berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan

restouran berasal daripada perkataan Latin

restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan

semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata

tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk;

hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen

kereta api; taman hiburan; dalam bangunan

pejabat; dan juga pusat membeli-belah.

UMUM 
BUANG ANCAK

BUANG ANCAK,  amalan menyajikan makanan kepada hantu.  Ini merupakan salah satu warisan kepercayaan masyarakat Melayu lama.  Di Sabah, amalan ini dipanggil ajung.  Makanan tertentu diletakkan dalam sebuah ancak (sebuah bekas yang diperbuat daripada buluh atau kayu) kemudian digantung pada sebatang pokok di tepi hutan dan dibiarkan di situ untuk dimakan oleh hantu.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas