Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la.kan] | مڽالاکن

Definisi : 1. menjadikan bernyala, meng­hidupkan api, membiarkan menyala: dgn per­lahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.la.kan] | مڽالاکن

Definisi : 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hen­dak ~ api jika tidak ada mancis? 2 men­jadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
API

Api . Kegunaan terawal api bagi manusia adalah

untuk memanaskan badan. Apabila peradaban

semakin maju, manusia belajar menggunakan api

dengan banyak cara lain. Manusia belajar

menggunakan api untuk memasak makanan,

membentuk senjata dan perkakas, untuk membuat

tembikar daripada tanah liat, dan untuk lampu.

Tetapi manusia awal mempunyai cara yang terlalu

perlahan dan agak tidak memuaskan untuk

menyalakan api.

UMUM 
ABU LAHAB

Abu Lahab (? - ?), bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Nama sebenarnya ialah Abd al-‘Uzza bin Abd al-Mutalib. Abu Lahab dalam bahasa Arab bermaksud orang yang suka menyalakan api permusuhan dan persengketaan.

AGAMATokoh
PSYCHE

Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba.

Dia begitu cantik sehingga orang berpaling

memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta.

Venus menjadi marah, lalu menghantar anak

lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada

Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari-

parinya yang diperbuat daripada emas dan batu

permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada

malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa

sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia

terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama-

lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara-

saudara perempuannya yang zalim, pada suatu

malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid

semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan

meninggalkan Psyche.

UMUM 
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI

Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang

Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara

Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak

dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great

Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil

keputusan memberikan suatu bentuk

penghormatan sebagai tanda mengingati askar

ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang

mewakili askar mereka yang tidak dikenali,

mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau

berhampiran dengan ibu negara dan membina

satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar

tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak

dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar

Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis

pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya

di bawah Arc de Triomphe di Paris dan

menyalakan obor di atas makam tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas