Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARABES

Arabes ialah satu seni menyambung dan

mencorakkan unsur-unsur hiasan Arab yang

mempunyai keistimewaan seni Arab Islam. Ia juga

dikenali sebagai seni hiasan Arab. Bidang seni ini

diterokai di dalam satu gerakan menggunakan

tumbuhan dan daun-daunnya untuk membentuk

pada kreativiti seniman semasa mengolah dan

menggunakan garisan-garisan yang bersambung,

bersentuhan dan berjauhan. Gabungan khayalan

dan perasaan seniman dengan menyeragamkan

pembinaan dalam pembentukan hiasan pembinaan

seperti segi empat, segilapan yang telah tersusun

dan bintang-bintang yang memiliki banyak kepala

seperti bintang yang mempunyai 10 dan 16 kepala.

UMUM 
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
MUKHTAR OULD DADDAH

Mukhtar Ould Daddah (1344 H.– /1925 M.– )

ialah Presiden Mauritania yang pertama. Dia lahir di

selatan Mauritania. Dia menamatkan pelajarannya di

peringkat menengah di Mauritania dan

menyambung pelajaran ke sekolah terjemahan di

sana. Kemudian dia bergiat dalam bidang

penterjemahan selama enam tahun. Dia adalah

lulusan Fakulti Bahasa Timur dan Fakulti Undang-

undang di Paris. Dia mempunyai personaliti

sebagai tokoh politik kebangsaan ketika

memegang jawatan sebagai peguam dan

bergabung dengan parti Persatuan Rakyat

Mauritania Maju.

UMUM 
KANOPI

Kanopi ialah litupan tumbuhan seperti daun-daun pokok yang sambung-menyambung membentuk naungan atau teduhan di bawahnya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
TERUSAN CORINTH

Terusan Corinth, menyediakan laluan air di

antara Teluk Corinth dan Teluk Saronic di bahagian

tengah timur Greece. Panjangnya terusan ini ialah 6

kilometer. Ia merentasi sejalur tanah yang sempit

yang menyambung Semenanjung Peloponnesus

dengan tanah besar Greece yang lain.

Sebuah syarikat Perancis mula membina terusan

ini pada tahun 1882, dan Greece menyiapkannya

pada tahun 1893. Satu percubaan untuk membina

sebuah terusan seperti itu telah pun dibuat oleh

Nero, Maharaja Rom, pada tahun 67 M.

UMUM 
M. JEGATHESAN, DATO’ DR.

M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan

olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah

Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2

November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat

pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan

melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala

Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung

pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura.

Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki

Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam

bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia

menyambung pelajaran di England dan

memperoleh diploma Patologi.

UMUM 
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN

Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin, Tun (1925– ) ialah

ahli politik dan Yang Dipertua Negeri Melaka (1984–2004).

Dia lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah, dan

mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim

(1932–1937). Kemudian menyambung pelajarannya di Sultan

Abdul Hamid College, Alor Setar (1938–1947)

hingga mendapat sijil Senior Cambridge.

UMUM 
RAHMAH OSMAN, DATO' PADUKA

RAHMAH OSMAN, Dato’ Paduka (1939 -        ), ahli politik, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1984-1987) dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46 (1988-1992). Dia lahir pada 12 Jun 1939 di Kuala Lumpur. Rahmah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Istana, Kelang dan Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Perempuan Bukit Bintang hingga Tingkatan Lima. Dia memperoleh Higher School Certificate (HSC) di sebuah sekolah perdagangan di Kuala Lumpur. Setelah bekerja, Rahmah kemudiannya menyambung pelajarannya dan memperoleh Diploma Kewartawanan dari London School of Journalism pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZURAINA MAJID, DATO'

ZURAINA MAJID, Dato’ (1944-     ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967.  Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971.  pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZURAYQ, QASTANTIN QAYSAR

Zurayq, Qastantin Qaysar (? –1901) ialah

diplomat Syria yang pernah berkhidmat dalam

bidang akademik di University of America, Beirut.

Dia pernah belajar di universiti berkenaan pada

peringkat ijazah pertama dan menamatkan

pengajian ketika berusia 19 tahun. Kemudian, dia

menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya kembali

berkhidmat di University of America, Beirut

sebagai Naib Canselor.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas