Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux yang terkenal. Banyak orang yang menyangka bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam pertempuran Little Bighorn di Montana pada 25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan Kolonel George Custer meninggal dunia. Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai dukun utama dalam persediaan menghadapi pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya, dia menerima visi bahawa semua musuh akan jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876, Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru ini membawa kepada terhapusnya Custer dan tenteranya. |