Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ra] | مڽارا

Definisi : menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ra] | مڽارا

Definisi : menanggung sara hidup; memberi sara kpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 
SHARIFF MEDAN

SHARIFF MEDAN (1910-1997), pelakon bangsawan, filem dan drama radio. Dia lahir pada 2 Jun 1910 di Banda Aceh, Kampung Penayung, Sumatera, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Shariff bin Muhammad Ismail.   Dia mendapat pendidikan dasar di Hollandsch Inlandsche School di kampungnya.  Pengajiannya tidak tamat kerana terpaksa menyara hidup dengan bekerja di kilang atap dan di bengkel besi milik syarikat Belanda. 

BUDAYATokoh

Kembali ke atas