Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ring] | مڽاريڠ

Definisi : 1 membersihkan benda-benda cair dgn melalukannya menerusi alat yg berlubang halus-halus; menapis: ~ air minuman. 2 memilih utk mendapatkan mana-mana yg baik dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saring
Kata Terbitan : menyaring, saringan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAITLAND, FREDERIC WILLIAM

Maitland, Frederic William (1850–1906), ahli

sejarah Inggeris yang merintis pengajian sejarah

hukum Inggeris yang awal. Kajiannya melahirkan

banyak bahan yang kini diketahui sejarah hukum

Anglo-Saxon. Maitland dapat menyaring pelbagai

bukti yang bertentangan serta membingungkan

dan seterusnya mencari yang benar. Karya-

karyanya yang penting termasuklah History of the

English Low (1895), yang ditulis bersama dengan

Frederick Pollack, dan Domesday Book and

Beyond (1897).

UMUM 
MUKA

Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia

terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan

dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi

daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu

mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri

daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai

kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu

halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam

udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut

termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi

membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya

bahagian tulang pada muka yang bergerak.

UMUM 
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM 

Kembali ke atas