RENANG SELAT | Renang selat secara amnya merujuk kepada berenang untuk menyeberangi Selat Inggeris. Perenang-perenang jarak jauh dunia menganggap acara renang ini sebagai salah satu cabaran yang paling besar bagi kerjaya mereka. Dalam beberapa tahun, seramai 50 orang mencuba untuk menyeberanginya. Lima daripada enam percubaan itu gagal. Hari ini, kebanyakan perenang yang berjaya berenang menyeberanginya dengan teknik yang lebih baik, dalam masa separuh daripada yang diambil oleh perenang selat yang pertama, iaitu Matthew Webb yang merenanginya pada tahun 1875. | UMUM | |
EDERLE, GERTRUDE CAROLINE | Ederle, Gertrude Caroline (1906-2003) iaIah perenang terkenal Amerika dan perenang wanita pertama berenang menyeberangi Selat Inggeris. | UMUM | |
EARHART, AMELIA | Earhart, Amelia (1897–1937?) ialah juruterbang Amerika. Dia menjadi wanita pertama yang menyeberangi Lautan Atlantik melalui udara dan juga wanita pertama yang membuat penerbangan melintasi Lautan Atlantik bersendirian. | UMUM | |
SUNGAI ORANGE | Sungai Orange ialah sungai yang terpanjang di Afrika Selatan. Ia mengalir ke arah barat menyeberangi bahagian selatan benua Afrika. Benteng pasir dan air yang cetek menyebabkan Sungai Orange tidak berfungsi bagi pelayaran. Walau bagaimanapun, sungai ini berfungsi sebagai sumber kuasa hidroelektrik yang penting dan membekalkan air yang amat diperlukan bagi projek penyaliran. Batu kerikil sungai ini mengandungi longgokan berlian di sesetengah kawasan. Untuk lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi). | UMUM | |
TENNESSEE | Tennessee ialah negeri di selatan Amerika Syarikat. Nashville , ibu negerinya, merupakan pusat muzik country yang paling terkemuka (lihat Muzik Country ). Peneroka-peneroka Amerika menyeberangi gunung-ganang di Tennessee untuk bermastautin di kawasan gersang. Mereka terkenal sebagai golongan yang bersemangat tinggi dan berani, mereka menubuhkan kerajaan mereka sendiri di kawasan ini, sebelum wujudnya kerajaan lain yang merdeka di Amerika Utara. Kemudian, semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865), banyak pertempuran berlaku di Tennessee . | UMUM | |
STUART, JOHN MCDOUALL | Stuart, John McDouall (1815–1866) ialah penjelajah kelahiran Scotland yang mempunyai keberanian serta ketahanan melakukan beberapa ekspedisi ke pedalaman Australia dan menyeberangi benua itu dari selatan ke utara pada tahun 1862. Hasil daripada ekspedisi ini, Australia Selatan dapat menguasai Wilayah Utara pada tahun 1863. Kemudian Overland Telegraph (Telegraf Melalui Darat) dibina di sepanjang laluan yang diikuti oleh Stuart. | UMUM | |
PULAU WAKE | Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake, Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 300 orang. Dengan batu karang yang melengkung, pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo. Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh- tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok- pokok renek dan belukar. | UMUM | |
SHERMAN, WILLIAM TECUMSEH | Sherman, William Tecumseh (1820–1891) ialah jeneral terkemuka pihak Kesatuan dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Dia menjadi sangat terkenal kerana “kemaraannya ke laut” menyeberangi Georgia, pada tahun 1864 dan juga kerana kemaraannya menawan negeri Carolina pada tahun 1865. Dalam kedua-dua kemaraan ini, tentera Sherman memusnahkan sebahagian besar daripada tentera dan sumber ekonomi pihak Selatan. Dari tahun 1869 hingga tahun 1883, Sherman berkhidmat sebagai jeneral pemerintah Angkatan Tentera Amerika Syarikat. | UMUM | |
SUNGAI MEKONG | Sungai Mekong ialah sungai yang terbesar di Semenanjung Indochina. Panjang Sungai Mekong lebih kurang 4000 kilometer dan mengalir ke tenggara dari provinsi Qinghai, China lalu membentuk sebahagian sempadan antara Thailand dengan Laos. Sungai ini menyeberangi Laos, Kemboja, dan Vietnam sebelum mengalir masuk ke Laut China berhampiran Bandar raya Ho Chi Minh. Di kawasan hilir deltanya, Sungai Mekong ini dikenali sebagai Sungai Sai Gon. Lihat Thailand (peta). Kapal hanya dapat memudiki Sungai Mekong sehingga lebih kurang 550 kilometer. Lebih jauh ke pedalaman, sungai ini dihalang oleh jeram dan beting pasir. Lihat juga Asia (gambar: Sungai Asia). | UMUM | |
MCCLURE, SIR ROBERT JOHN LE MESURIER | McClure, Sir Robert John Le Mesurier (1807–1873) juga dieja sebagai M’Clure, ialah penjelajah British yang mengetuai ekspedisi pertama menyeberangi Northwest Passage (Laluan Barat Laut). | UMUM | |