NABI IBRAHIM A.S. | Nabi Ibrahim a.s. ialah anak kepada Azar. Al- Qur’an tidak menyebut nasab Nabi Ibrahim a.s. lebih daripada ini. Tetapi kitab suci lain menyebut nasabnya seperti yang berikut: Tarikh ibn Nahur ibn Sarugh ibn Arghu ibn Paligh ibn Abir ibn Shalikh ibn Qaynan ibn Arfakhshad ibn Sam ibn Nuh. Nabi Ibrahim bergelar ketua para nabi dan bapa para nabi, kerana bermula daripadanya, lahir para nabi lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya), dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat nabi dan menerima kitab-kitab agama, dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah dia, pada hari akhirat dari orang-orang yang salih”. (Surah al-‘Ankabut 29:27) | UMUM | |
ELISI | Elisi, dalam puisi bermaksud menggugurkan atau menyebut dengan tidak jelas vokal atau suku kata perkataan bagi menghasilkan irama yang mantap. | UMUM | |
DIFTONG | Diftong ialah bunyi yang dikeluarkan dengan menyebut dua vokal sebagai satu suku kata. Contoh dalam bahasa Inggeris ialah ou dalam out dan oi dalam oil. | UMUM | |
SAILENDRA | SAILENDRA, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia. Nama Sailendra muncul dalam beberapa buah inskripsi. Inskripsi yang tertua yang menyebut nama Sailendra sebagai Salendramah ialah inskripsi Sojomerto (725M). Inskripsi Kalasan (778M), pula menyebut Sailendragurubhis, Sailendravansatilakasya dan Sailendra Rajagurubhis. Sementara dalam inskripsi Kelurak (782M), Sailendra disebut sebagai Sailendrvansatilakena, inskripsi Abhayagirivihara (792M), menyebut Dharmmatungadevasysailendra, dan inskripsi Kayumwunan (824M) menyebut Sailendra Vansatilaka. Di luar Indonesia, antara inskripsi yang menyebut Sailendra ialah inskripsi Nalanda (860M), inskripsi Ligor (775M) dan inskripsi Chola (1025M). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ZULHIJAH | Zulhijah ialah nama salah satu bulan dalam tahun Hijrah. Ada sesetengah orang menyebut ‘Zulhajah’ dengan huruf ‘ha’ berbaris di atas. Ia merupakan bulan ke-12 mengikut takwim Hijrah. Ia dinamakan Zulhijah pada tahun 412 M, iaitu pada zaman Kilab ibn Murrah, moyang kelima Nabi Muhammad SAW bersempena dengan bulan haji. | UMUM | |
ASID AMINO | Asid amino ialah nama sebatian organik yang menjadikan semua protein dalam benda hidup. Ahli sains menyebut asid amino sebagai blok binaan protein . Semua asid amino mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Sesetengahnya juga mengandungi sulfur. | UMUM | |
KESULTANAN BRUNEI | KESULTANAN BRUNEI, institusi kerajaan Brunei. Kesultanan Melayu Brunei wujud pada sekitar tahun 1368. Salasilah Raja-raja Brunei menyebut bahawa Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam ialah Awang Alak Betatar. Setelah ditabal sebagai raja, baginda dikenal dengan nama Sultan Muhammad. Sumber ini menjelaskan pengislaman Brunei bermula dengan pertabalan Sultan Muhammad setelah baginda berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua).
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
K | K ialah huruf ke-11 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menyebut huruf ini kaph, perkataan mereka bagi tapak tangan . Mereka mungkin menyesuaikannya daripada hiroglif, atau simbol gambar orang Mesir, yang menunjukkan tangan bagi melambangkan huruf tersebut. | UMUM | |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya, Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa. Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang. Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang berpusat di Melaka. | UMUM | |
AKSEN | Aksen dalam bahasa ialah penekanan yang diberi pada suku kata dalam sesuatu kata. Aksen juga merujuk kepada cara kita bertutur, dan cara menunjukkan bagaimana menyebut sesetengah huruf dengan cara tertentu. | UMUM | |