PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA | Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
ROTARY INTERNATIONAL | Rotary International ialah pertubuhan sedunia bagi semua Kelab Rotary. Kelab Rotary dianggotai oleh sekumpulan pemimpin masyarakat daripada pelbagai bidang pekerjaan atau perniagaan. Pertubuhan ini menyelaras kelab ahli dan bekerja untuk membangunkan kelab ini. Ahlinya mengadakan khidmat kemanusiaan, menggalakkan tahap etika yang tinggi dan menolong membina keharmonian dan keamanan di dunia. | UMUM | |
PLASENTA | Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang terbentuk apabila seseorang wanita itu mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan serta menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga menghasilkan hormon yang menyelaras kandungan dan menolong mengawal perkembangan bayi. | UMUM | |
PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU | PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu. | BAHASA | Bahasa |
JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN | JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa. Jawatankuasa ini diwujudkan oleh Persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan pada 1 Julai 1968, yang telah memutuskan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Majlis tersebut merupakan sebuah badan kebangsaan bagi menyelaras kerja, kegiatan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |