Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyen.tuh] | مڽنتوه

Definisi : 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia berasa pipinya di-sentuh orang; 2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini saya ~ ke-dudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4. menyinggung (perasaan), meng-ganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (pe-rasaan terharu, sedih, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyen.tuh] | مڽنتوه

Definisi : 1 menyinggung atau mengenai sedikit; melanggar sedikit; menjamah: Dia tidak berani ~ barang-barang kaca di kedai itu. 2 menyinggung (perasaan orang) dgn mengatakan sesuatu; menyebut sesuatu perkara: Ketika bercakap, jangan sekali-kali kita ~ perasaan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentuh
Kata Terbitan : bersentuh, bersentuhan, menyentuh, tersentuh, sentuhan, kesentuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THOMAS, DYLAN

Thomas, Dylan (1914–1953) ialah penyair

Wales yang menulis sebahagian daripada puisi

yang begitu menyentuh hati dan penuh berahi

dalam kesusasteraan moden. Sejak penerbitan

buku pertamanya, Eighteen Poems (1934), para

pengkritik mengiktirafnya sebagai penyair tulen

dan pintar.

UMUM 
SENTUHAN

Sentuhan ialah deria yang memberikan kita rasa

bersentuhan dengan sesuatu benda. Ia juga

dinamakan organ taktil. Melalui deria ini kita boleh

mengetahui bentuk dan kekerasan sesuatu benda.

Menyentuh sesuatu benda boleh menimbulkan

rasa panas, sejuk, sakit dan tekanan. Hujung saraf

bebas dalam tisu memberikan rasa sakit. Sentuhan,

kepanasan, kesejukan dan rasa sakit juga

dinamakan deria kulit .

UMUM 
NADI

Nadi disebabkan oleh regangan arteri yang berlaku

selepas setiap denyutan jantung. Ia boleh dirasa

dengan meletakkan jari tangan pada pergelangan

tangan atas dari ibu jari, pada arteri radial. Nadi juga

boleh dirasa dengan menyentuh pelipis tempat

terletak arteri temporal, dan di lain-lain tempat pada

badan tempat arteri berhampiran dengan

permukaan kulit.

UMUM 
STOPES, MARIE CARMICHAEL

Stopes, Marie Carmichael (1880–1958), ahli

sains dan penulis British, terkenal kerana merintis

kerja-kerja untuk perancangan keluarga. Dia telah

mengasaskan sebuah klinik kawalan kelahiran dan

menjadi Presiden Persatuan Kawalan Kelahiran

Membina dan Kemajuan Kaum. Kebanyakan

penulisannya menyentuh masalah dalam

perkahwinan. Marie Stopes lahir di Edinburgh,

Scotland, dan mendapat pendidikan di University

College, London. Dia ialah wanita pertama yang

menjadi kakitangan dalam bidang sains di

Manchester University.

UMUM 
GEOLOGI PETROLEUMKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitanKEJURUTERAANKonsep
TABU

Tabu ialah perbuatan, benda, orang atau tempat

yang dilarang oleh undang-undang atau budaya.

Perkataan taboo berasal daripada perkataan

Polinesia iaitu tapu atau tabu yang bermakna

sesuatu yang suci, istimewa, berbahaya atau kotor.

Kebanyakan masyarakat mempunyai kepercayaan

bahawa seseorang yang pergi ke tempat larangan

atau menyentuh barang larangan akan ditimpa

bencana. Masyarakat juga mungkin menghukum

orang yang melanggar larangan ini dan

menyisihkannya.

UMUM 
PSITAKOSIS

Psitakosis ialah penyakit berjangkit yang dibawa

oleh beberapa jenis burung. Ia juga dikenali

sebagai demam burung kakaktua atau ornitosis .

Psitakosis biasanya berlaku dalam kumpulan

burung kakaktua, namun begitu ia juga terdapat

pada burung merpati dan ayam itik. Manusia boleh

dijangkiti penyakit ini dengan menyentuh burung

yang sakit ataupun alat-alat yang tercemar dengan

penyakit ini.

UMUM 
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 
SURAH AL-QADR

Surah al-Qadr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-97 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat.

Surah ini dinamakan al-Qadr kerana perkara yang

dibincangkan dalam surah ini ialah Laylatul Qadr,

iaitu malam yang penuh keberkatan kerana al-

Qur’an al-Karim diturunkan pada malam tersebut.

Surah al-Qadr, seperti juga dengan surah-surah

lain yang diturunkan di Makkah, menyentuh

prinsip-prinsip akidah Islam dan aspek yang

disentuh dalam surah ini ialah turunnya mukjizat

Rasulullah s.a.w. yang terbesar, iaitu al-Qur’an al-

Karim.

UMUM 
TENGKU ABU BAKAR HUSNY

TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny.

SASTERATokoh

Kembali ke atas