Ptarmigan ialah nama sekumpulan burung yang menyerupa i grouse. Ptarmigan terdapat di bahagian utara Hemisfera Utara, seperti Alaska, Greenland , Iceland, Scotland, Scandinavia , dan Siberia . Ptarmigan juga terdapat di pergunungan di Eropah, di kawasan tinggi di Alps dan Pyrenees. Burung ini boleh dikenali daripada bulunya yang pendek pada kakinya. Bulu ini membantunya berjalan di atas salji tanpa terbenam. Pada musim sejuk, bulu ptarmigan berwarna putih dan burung ini bersembunyi dalam hanyutan salji untuk perlindungan. Pada musim luruh, ptarmigan berwarna kelabu di bahagian atasnya dan putih di bahagian bawahnya. Pada musim panas, bulunya berwarna perang kemerahan dan hitam. |