Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyiar.kan] | مڽيارکن

Definisi : 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan me­nerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. me­mancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyiar.kan] | مڽيارکن

Definisi : 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 me­nyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; me­nyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILLIMAN BENJAMIN

Silliman Benjamin (1779–1864) ialah pendidik

dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang

mengasaskan American Journal of Science pada

tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan

rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang.

Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang

geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20

tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan

menyunting buku teks kimia dan geologi.

UMUM 
TELEVISYEN

Televisyen, juga dikenali sebagai TV, adalah salah

satu kaedah komunikasi yang paling penting. Ia

membawa gambar dan suara dari seluruh dunia ke

berjuta-juta rumah. Komunikasi satelit di angkasa

lepas menyiarkan gambar TV merentasi lautan dan

benua. Pemilik peti televisyen boleh berada di rumah

dan menonton pemimpin negara membuat ucapan

atau lawatan ke negara luar. Mereka boleh

menyaksikan peperangan yang sedang berlaku dan

melihat bagaimana pemimpin kerajaan berusaha

untuk mewujudkan keamanan. Melalui TV, penonton

dapat melihat dan belajar tentang manusia, haiwan,

pelbagai perkara lain dari negara-negara yang jauh.

Berjuta-juta manusia di seluruh dunia boleh

menonton rancangan sukan, seperti Sukan Olimpik,

dan pelbagai peristiwa lain yang menarik di dunia.

Televisyen juga membawa penonton keluar dari

dunia ini melalui liputan dari penerbangan angkasa.

Selain itu, televisyen juga menyediakan pelbagai

rancangan tetap yang direka khas untuk menghibur.

Sebenarnya, TV menyediakan banyak rancangan

hiburan berbanding dengan rancangan lain.

Rancangan itu termasuk drama; komedi ringan; siri

fiksyen, yang dikenali sebagai drama lipur lara; acara

sukan; kartun, kuiz, dan pertunjukan aneka ragam;

dan filem cereka.

UMUM 
REUTER, BARON DE

Reuter, Baron de (1816–1899) ialah pengasas

Reuters, iaitu sebuah agensi yang menyediakan

khidmat berita yang terkemuka di dunia. Reuters

merupakan satu daripada syarikat khidmat berita

yang pertama yang menyiarkan berita kewangan,

politik dan berita umum kepada akhbar Eropah.

UMUM 
SHORAN

Shoran (kependekan bagi short range navigation)

ialah sistem elektronik yang digunakan untuk

pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang

menggunakan shoran menghantar isyarat radio

ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula

isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan.

Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara

penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran

mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa

tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II

oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri

swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah.

UMUM 
NECKER, JACQUES

Necker, Jacques (1732–1804) ialah negarawan

Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI.

Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan

Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan

negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk

selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika.

Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang

dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan

tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya

mampu menangguhkan masalah serius yang

sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan

istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya

laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan

berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan

kepada golongan orang kesukaan istana. Dia

meletakkan jawatan pada tahun 1781.

UMUM 
SEKOLAH

Sekolah ialah institusi yang menyediakan

pendidikan. Kebanyakan sekolah boleh dijelaskan

sebagai bangunan yang sering dikunjungi oleh

kanak-kanak dan remaja untuk belajar membaca,

menulis, matematik, sains, pengajian sosial, dan

sebagainya. Walau bagaimanapun, ciri sesetengah

sekolah berlainan daripada sekolah biasa.

Contohnya, ramai kanak-kanak Australia yang

tinggal di ladang biri-biri yang jauh dari bandar,

mendapat pendidikan harian di rumah melalui

radio dan televisyen. Guru mereka berada di

studio yang menyiarkan maklumat dari jarak jauh.

Murid-murid berbual dengan guru melalui sistem

radio dua hala. Sekolah udara ini bukanlah

bangunan yang dikunjungi oleh pelajar untuk

mendapatkan pelajaran, tetapi masih dianggap

sebagai sekolah. Di pusat jagaan kanak-kanak atau

tadika , anak kecil yang dianggap murid tidak akan

belajar membaca, menulis, dan mengira.

Bagaimana pula dengan universiti yang menerima

pelajar dewasa? Bolehkah ia dianggap sekolah?

UMUM 
PUISI BAHARU MELAYUPUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia.SASTERAKarya

Kembali ke atas