Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jikalau gopoh main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STOR BIJIAN

Stor bijian ialah bangunan yang dilengkapi

untuk menyimpan, memuat dan memunggah bijian

sebelum bijian dijual atau digunakan. Stor bijian

terletak di ladang, di kilang pengisar, di stesen

kereta api, dan limbungan, dan menyimpan bijian

seperti barli atau gandum.

UMUM 
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM 
SUKULEN

Sukulen ialah nama bagi tumbuhan yang berisi

seperti kaktus, yang mempunyai batang atau daun

yang besar untuk menyimpan air. Tumbuhan sukulen

tumbuh di gurun dan di tempat kering di dunia, iaitu

ditempat tiada banyak air. Tumbuhan gurun

mempunyai batang atau daun yang besar untuk

menyimpan air.

Lihat juga Famili spurge; Kaktus; Sedum.

UMUM 
KAPASITOR

Kapasitor ialah alat yang menyimpan tenaga

elektrik dalam bentuk cas elektrik. Kapasitor

mempunyai banyak kegunaan dalam litar elektrik

dan litar elektronik.

UMUM 
PUNDI HEMPEDU

Pundi hempedu ialah kantung kecil yang

menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan

yang mempunyai tulang belakang, mempunyai

pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia

ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di

sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi

hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter

hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi

hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang

dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus

hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk

duktus hempedu .

UMUM 
OVARI

Ovari ialah mana-mana satu daripada sepasang

organ seks wanita yang menyimpan dan

mengeluarkan telur. Ovari juga merembes

estrogen dan progesteron , iaitu hormon seks

wanita. Ovari manusia berbentuk bujur dan kira-

kira sebesar walnut tanpa kulit. Satu ovari terletak

di setiap sisi uterus, di pangkal abdomen.

UMUM 
PUNDI KENCING

Pundi kencing ialah nama biasa bagi organ

berotot berongga yang menyimpan air kencing

sebelum ia dikeluarkan dari badan. Pengosongan

pundi kencing berlaku secara terkawal pada

kebanyakan manusia dan banyak mamalia lain.

UMUM 
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah

perpustakaan awam induk yang menyimpan

pelbagai khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan

menyediakan perkhidmatan kepada pengguna,

pembaca dan penyelidik. Ia merupakan sebuah

Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berperanan

merancang dan membangunkan prasarana

perpustakaan di seluruh negara.

UMUM 
PERPUSTAKAAN

Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu

bahagian yang amat penting dalam sistem

pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan

dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan

menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan

dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman,

dan media lain. Manusia dari semua lapisan

masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif

perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli

sains, menggunakan sumber yang ada di

perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar

daripada orang awam turut mengunjungi

perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba

ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan

bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu,

ramai orang menikmati perbincangan buku,

pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang

diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka.

UMUM 
DIARI

Diari ialah catatan pengalaman dan pemikiran

seseorang, yang ditulis setiap hari atau selang

beberapa hari. Ramai orang menyimpan diari

sebagai rekod peribadi. Kebanyakan orang tidak

gemar orang lain membaca diari mereka.

UMUM 
1234

Kembali ke atas