ROTH, PHILIP | Roth, Philip (1933– ) ialah novelis dan pengarang cerita pendek Amerika. Dia menerima banyak pujian dan kritikan kerana paparan yang dibuat secara terang, lucu dan kadangkala menyindir terhadap kehidupan masyarakat dan keluarga Yahudi moden di Amerika Syarikat. | UMUM | |
SWIFT, JONATHAN | Swift, Jonathan (1667–1745) ialah pengarang Inggeris yang menulis Gulliver’s Travels (1726), sebuah mahakarya kesusasteraan komedi. Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat melucukan dan menyenangkan. Swift memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang menjadi wira di Ireland Roman Katolik. | UMUM | |
SYAIR NYAMUK DAN LALAT | SYAIR NYAMUK DAN LALAT, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Syair ini menyindir seorang gadis yang enggan disunting oleh seorang pemuda yang lebih tinggi kedudukannya. | SASTERA | Konsep |
SYAIR KUPU-KUPU | SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford. | SASTERA | Konsep |
RENOIR, JEAN | Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem Perancis. Filemnya banyak mendedahkan kelemahan manusia dan mencemuh sikap masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36 buah filem termasuk dua buah filem yang paling digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan The Rules of the Game (1939) menyindir perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada sebuah parti hujung minggu. | UMUM | |
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU | SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta. | SASTERA | Konsep |