Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.sing] | مڽيڠسيڠ

Definisi : 1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~ lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap, mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.sing] | مڽيڠسيڠ

Definisi : 1 menarik ke atas atau menggulung supaya pendek (ttg lengan baju dll). 2 hilang atau lenyap dr pandangan; menghilang; me­nyisih: Kabus pun mula ~. 3 mula terbit atau muncul: fajar ~ fajar mula terbit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyingsing


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-FAJR

Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah

S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia

menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu

juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan

10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah,

dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil

seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang

genap dan yang ganjil”.

(Surah al-Fajr 89:1–3)

UMUM 

Kembali ke atas