Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.sih] | مڽيسيه

Definisi : 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, me­nyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. meng­asingkan atau menjauhkan (diri) dr, meng­hindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur ke­rana miskin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.sih] | مڽيسيه

Definisi : 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisih
Kata Terbitan : bersisih, menyisih, menyisihkan, tersisih, penyisihan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TOLAK BALA

TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri.

BUDAYAAdat

Kembali ke atas