Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyom.bong.kan] | مڽومبوڠکن

Definisi : berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyom.bong.kan] | مڽومبوڠکن

Definisi : me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Perkataan mengekor itik jantan.

Bermaksud :

Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI MUSA A.S.

Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani

Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka.

Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang

Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti

anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana

perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus-

ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT.

kepada Firaun dan kaumnya yang amat

menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan.

Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap

disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah

baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam

al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut

menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara

ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam

Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa;

sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan

seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya

dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan

Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan

berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan

kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun

yang juga seorang nabi”.

(Surah Maryam 19:51–53)

UMUM 

Kembali ke atas