ARCHIBALD, JULES FRANCOIS | Archibald, Jules Francois (1856–1919), banyak menyumbang terhadap perkembangan sastera dan seni di Australia. Pada tahun 1880, dia membantu mengasaskan The Bulletin . Dia menjadi ketua pengarang The Bulletin selama lebih 16 tahun. Archibald menggalakkan penulis tempatan menulis cerita pendek dan balada untuk majalah tersebut. Dia pernah mengumpulkan sekumpulan penulis muda, seperti Henry Lawson dan Banjo Paterson. Dia memberikan mereka bantuan dan sokongan. Archibald juga membantu mengasaskan majalah The Lone Hand . Kemudian, dia menjadi ketua pengarang sastera untuk majalah Smith’s Weekly . Dia mengeluarkan peruntukan untuk anugerah seni tahunan yang dipanggil Hadiah Archibald. Namanya yang sebenar ialah John Feltham Archibald. Dia lahir di Kildare, Australia. | UMUM | |
SCHUSTER, SIR ARTHUR | Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik yang menyumbang terhadap penemuan elektron. Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di Manchester University, England, tempat dia membina sebuah makmal. Schuster lahir di Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke Manchester, England semasa berumur 19 tahun. Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan, tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains yang dipelajarinya di Owens College, Manchester, dan di University of Heidelberg, Jerman. | UMUM | |
KÖHLER, WOLFGANG | Köhler, Wolfgang (1887–1967) ialah pakar psikologi yang banyak menyumbang kepada perkembangan psikologi Gestalt. | UMUM | |
DE SITTER, WILLEM | De Sitter, Willem (1872–1934) ialah ahli astronomi Belanda yang terkenal. Daripada kajiannya tentang satelit Musytari dan pengiraannya tentang unsur dan jisim Musytari dia menyumbang kepada kefahaman teoretikal tentang satelit. | UMUM | |
SWEDEN | Sweden ialah negara industri yang makmur di utara Eropah. Penduduk Sweden telah membangunkan industri yang benar-benar berjaya berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air. | UMUM | |
KESUSASTERAAN PERANCIS | Kesusasteraan Perancis, satu daripada kesusasteraan negara yang terkaya dan paling berpengaruh di dunia. Penulis Perancis menyumbang kepada setiap bentuk sastera utama, mencapai kecemerlangan dalam puisi epik, puisi lirik, drama, fiksyen dan jenis prosa lain. | UMUM | |
ISMAIL DAHAMAN | Ismail Dahaman (1944- ), ahli linguistik yang banyak menyumbang kepada pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu. | BAHASA | Tokoh |
LIAW YOCK FANG | Liaw Yock Fang (1936- ), ahli linguistik yang banyak menyumbang tulisannya tentang bahasa dan sastera Melayu. | BAHASA | Tokoh |
MCKAY, HUGH VICTOR | McKay, Hugh Victor (1865–1926) ialah rakyat Australia yang mencipta Sunshine Harvester, iaitu mesin penuai kombinasi yang banyak menyumbang kepada kemajuan pengeluaran gandum di Australia. | UMUM | |
PERIKANAN | Perikanan ialah kawasan yang membekalkan banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah, hering, sardin dan tuna menyumbang kepada sebahagian besar sumber perikanan dunia yang terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan pengurusan perikanan untuk memulihara ikan. Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim penangkapan ikan. | UMUM | |