STRUVE, OTTO | Struve, Otto (1897–1963) ialah ahli astranomi Amerika yang banyak menyumbangkan kajian tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve banyak membuat kajian tentang bintang dedua spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya dapat dikenal dengan menganalisis spektrum cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan berkitar garis spektrumnya daripada gelombang biru kepada gelombang merah dan kemudiannya berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang (Bintang dedua). | UMUM | |
KEDERMAWANAN | Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai kesejahteraan manusia oleh individu dan kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada kebajikan kerana kedermawanan biasanya menolong kumpulan yang besar atau sesebuah institusi dan bukan orang perseorangan atau beberapa individu sahaja. | UMUM | |
NEW BRUNSWICK | New Brunswick (pend. 723 900) adalah salah sebuah daripada empat Provinsi Atlantik Kanada. Kira-kira 90 peratus daripada kawasan daratannya diliputi hutan. Saint John, ialah bandar terbesar di New Brunswick. Ibu negara New Brunswick ialah Fredericton. Industri perkhidmatan menyumbangkan 72 peratus daripada keluaran dalam negara kasar New Brunswick. Industri pembuatan pula menyumbangkan 13 peratus daripada keluaran dalam negara kasar. Aktiviti utama pembuatan ialah pemprosesan makanan. | UMUM | |
PIJNAPPEL, J. | PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883. | BAHASA | Tokoh |
KINSEY, ALFRED CHARLES | Kinsey, Alfred Charles (1894–1956), ahli biologi Amerika. Dia ialah salah seorang ahli sains pertama yang membuat kajian tentang tingkah laku seksual manusia. Kajiannya yang bermula pada akhir tahun 1930-an, menyumbangkan wawasan penting kepada perhubungan seksual antara manusia. | UMUM | |
PLUTARCH | Plutarch ( 46 S.M.?–120 S.M.? ) ialah ahli biografi dan penulis Greek yang terkenal dengan penghasilannya yang berjudul Parallel Lives of Illustrious Greeks and Romans. Dia menulis Lives atau biografi yang mengisahkan tentang sepasang negarawan atau jeneral Greek dan Rom. Perbandingannya sering kali dilakukan secara paksaan tetapi Lives menyumbangkan sumber penting dalam maklumat sejarah. | UMUM | |
MAJALAH GURU | MAJALAH GURU, majalah bulanan yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah Guru memperlihatkan pencapaian yang berkesan dalam menyumbangkan pemikiran mengenai kemajuan dan kesusasteraan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini mengemukakan ramai penulis yang terkenal, antaranya Za’ba, Muhammad Yusuf Ahmad, Zainun Sulaiman dan Pungguk. | SASTERA | Penerbitan |