Numerologi ialah amalan menggunakan
nombor untuk menganalisis keperibadian dan
meramal masa hadapan. Ia berasaskan
kepercayaan bahawa alam semesta dikawal oleh
hukum-hakam angka dan bahawa setiap nombor
mempunyai kuasa dan kualiti khas. Kebanyakan
ahli sains percaya bahawa numerologi tidak
berasaskan sains, tetapi ramai orang di seluruh
dunia mengamalkannya.
Ekonometrik ialah cabang ekonomi yang
menggunakan aplikasi matematik dan statistik
dalam teori ekonomi. Perniagaan dan kerajaan
menggunakan ekonometrik untuk menganalisis
dan meramal aktiviti ekonomi.
Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World
Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi
khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja
program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi
pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk
meramal cuaca. Program ini terdiri daripada
beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia,
satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh
dunia.
Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera
bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang
mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi
mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara
dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga
mengukur bahan kimia di atmosfera seperti
karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi
iklim. Dengan menganalisis data tentang
atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal
keadaan cuaca.
TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu.
Thanks for clicking. That felt good.