Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : , merasaikan selalu men­derita (kesusahan dll), mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg di­rasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, seng­sara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balas­an kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak me­ngetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, meng­kaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg ter­kandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasai­nya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.i] | مراساءي

Definisi : 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NITRUS OKSIDA

Nitrus oksida ialah gas tanpa warna dan bau

yang digunakan oleh doktor dan doktor gigi untuk

membuatkan pesakit tidak merasai kesakitan. Dadah

ini biasanya dikenali anestetik. Nitrus oksida lebih

dikenali sebagai gas ketawa , kerana selepas

menyedutnya, orang akan terangsang dan menjadi

seperti orang bodoh. Nitrus oksida menyebabkan

keadaan tidak sedarkan diri jika jumlah yang

secukupnya disedut.

UMUM 
NARKOTIK

Narkotik adalah bahan yang memberi kesan

tekanan yang kuat kepada sistem saraf manusia.

Bahan narkotik menyebabkan pengambilnya tidak

merasai kesakitan, hampir pengsan, tertidur atau

koma, berdasarkan jumlah yang diambil. Perkataan

Narkotik berasal daripada perkataan Yunani yang

bermaksud untuk menjadi kebas.

UMUM 

Kembali ke atas