PERLEMBAGAAN MERDEKA | PERLEMBAGAAN MERDEKA (1957), perundangan dan peraturan kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang mendapat kemerdekaan atau kebebasan politik daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957. perlembagaan Merdeka ditandatangani antara wakil-wakil kerajaan British dan raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
STADIUM MERDEKA | Salah satu stadium yang digunakan untuk kegiatan sukan di negara | SUKAN | Institusi/Organisasi |
STUDIO MERDEKA | Pengeluar filem | KESENIAN | Institusi/Organisasi |
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA | Komanwel Negara-negara Merdeka ialah pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk, di Belarus. | UMUM | |
NEGARA KOTA | Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar. Negara kota sering diperintah oleh seorang raja, diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar dan luar bandar mempunyai kuasa politik. | UMUM | |
GERAKAN ACHEH MERDEKA (GAM) | Gerakan Aceh Merdeka (GAM), organisasi kumpulan pemisah yang mempunyai tujuan untuk memisahkan wilayah Aceh sebagai negara berasingan dari Republik Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
NEGARA | Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah tanah air merdeka yang mempunyai nama dan sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas. Bilangan negara merdeka telah bertambah beransur-ansur sejak Perang Dunia II (1939–1945) kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi 44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi 17 075 400 kilometer persegi. | UMUM | |
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA | BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA, bahasa Melayu yang digunakan antara bulan September 1957 hingga tahun 1967. Bahasa ini memainkan peranan baharu sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan taraf dan kedudukannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. | BAHASA | Konsep |
LIBERIA | Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika. Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan daripada kapal hamba abdi yang menuju ke Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas. | UMUM | |
PROVINSI | Provinsi pada zaman Rom, ialah kawasan yang ditakluki dan diperintah oleh seorang pegawai dari Rom. Kemudiannya negeri-negeri merdeka yang bersatu untuk membentuk sebuah negara biasanya menamakannya provinsi. Contohnya ialah Provinsi Bersatu Holland. Kemudiannya, negeri-negeri yang merdeka juga dibahagikan kepada wilayah yang dikenali sebagai provinsi. | UMUM | |