Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rom.pa/] | مرومڤق

Definisi : merobohkan, me­runtuhkan: gajah itu ~ kandangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rom.pa/] | مرومڤق

Definisi : menyamun, me­ram­pok: lima orang telah ~ kedai itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rom.pa/] | مرومڤق

Definisi : mengambil hak orang dgn paksa; menyamun: Orang yg ~ kedai itu telah ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rompak
Kata Terbitan : merompak, rompakan, perompak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THUG

Thug ialah ahli persatuan lama di India yang

membunuh atas nama agama. Istilah Thug berasal

daripada bahasa Hindustan yang bermaksud

penipu atau samseng . Ahli persatuan Thug ini

membunuh dan merompak mangsa mereka untuk

memuliakan Kali, iaitu dewi kemusnahan yang

juga isteri Dewa Shiva.

UMUM 
SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMANSULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar.  Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832.  Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar.  Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan.  Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut.  Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas