Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mesin utk menaip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN TAIP

Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak

huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah

serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin

taip untuk menulis dengan pantas dan kemas.

Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas

penggunaannya.

UMUM 
SHOLES, CHRISTOPHER LATHAM

Sholes, Christopher Latham, (1819–1890)

ialah pencipta dan wartawan Amerika yang

membantu membangunkan mesin taip pertama

yang praktikal. Sholes, Carlos Glidden, dan

Samuel W. Soulé mereka bentuk mesin taip pada

tahun 1867 dan mempatenkannya pada tahun

1868. Glidden dan Soulé menjual kepentingan

mereka kepada Sholes dan rakan kongsi barunya,

James Densmore. Mereka mula membuat mesin

tersebut tetapi gagal untuk menyempurnakannya

dan menjualnya. Pada tahun 1873, Sholes dan

Densmore memberi kontrak kepada Remington

and Sons untuk membuat mesin taip berkenaan.

Sholes kemudiannya menjual sebahagian besar

kepentingannya dalam mesin taip itu. Sholes lahir

berhampiran Danville, Pennsylvania, Amerika

Syarikat. Dia merupakan editor akhbar yang

berjaya di Wisconsin dan pernah berkhidmat

dalam dewan undangan negeri Wisconsin. Sholes

dan Soulé kemudiannya turut mencipta mesin

penomboran halaman pada tahun 1866. Lihat juga

Mesin taip (Sejarah; gambar).

UMUM 
MANUSKRIP

Manuskrip ialah istilah yang diberi kepada

sebarang dokumen yang ditulis dengan tangan atau

mesin seperti mesin taip atau komputer peribadi.

UMUM 
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
TELEPENGATUR HURUF (TPH)

Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin

elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia

menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu

tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia

menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini

dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin

ini secara automatik akan menjadikan salinan ini

dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak

akhbar.

UMUM 
MESIN

Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri

menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan

penekan untuk membuat keluaran yang kita

gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip,

komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas

dan kapal terbang mengangkut manusia dengan

pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal

adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut

barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin,

penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar

untuk hidup, dan peladang tidak dapat

menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir

setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita

bergantung pada mesin.

UMUM 
MESIN TRENGKAS

Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan

percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini

mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak

huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator

mengeluarkan nombor dengan menekan palang

angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang

dikehendaki. Palang angka sepadan dengan

kekunci syif mesin taip.

UMUM 
MONOTAIP

Monotaip ialah mesin bagi menghasilkan taip

logam untuk mencetak. Monotaip terkenal dengan

hasil kerja yang bermutu tinggi. Ia telah digunakan

untuk mencetak buku yang baik mutunya termasuk

juga katalog, majalah, dan bahan bercetak lain.

Dalam kebanyakan kerja mencetak, monotaip telah

diambil alih oleh mesin fotokomposisi.

Fotokomposisi ialah satu bentuk atur huruf yang

melibatkan penghasilan imej huruf taip di atas filem

atau kertas fotosensitif (lihat Percetakan [Mengatur

huruf]).

UMUM 

Kembali ke atas