ANAXAGORAS | Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya kombinasi semula ini, gerakan diperlukan. | UMUM | |
NIJINSKY, VASLAV | Nijinsky, Vaslav (1890–1950), penari lelaki yang terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh. Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya dengan penuh kesungguhan sehingga penampilannya nampak berubah daripada satu peranan kepada peranan yang lain. | UMUM | |
SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
KELANG | Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor. Sejarah perkembangan penempatan Kelang dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16, iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang. Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor. | UMUM | |
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN | Sistem maklumat pengurusan ialah sistem komputer yang direka untuk membantu para eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan, agensi kerajaan dan juga organisasi lain. Sektor perniagaan sudah lama bergantung kepada komputer untuk mengendalikan kerja menyimpan kira-kira yang asas, seperti penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu, sistem maklumat pengurusan sebenarnya membantu pengurus membuat keputusan perniagaan yang kompleks. | UMUM | |
NABI SULAYMAN A.S. | Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara dua orang perempuan tentang kedudukan kanak- kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis. Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula. Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat penyembelihan binatang korban. | UMUM | |
ISLAM DI ASIA TENGGARA | ISLAM DI ASIA TENGGARA, perkembangan agama Islam di Asia Tenggara yang bermula sejak abad ke-5 M. Islam di Asia Tenggara adalah gambaran daripada sebuah sosiopolitik yang beragam, meskipun terikat oleh keadaan tradisi keagamaan yang sama. Islam ialah agama majoriti penduduk Brunei Darussalm, Indonesia dan Malaysia. Di Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar, minoriti penduduknya beragama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DATUK SUTAN MAHARADJA | DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan ‘revolusi adat demokratis’ melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH NIK MAT KECHIK | SYEIKH NIK MAT KECHIK (1844-1915), ulama dan penulis. Beliau lahir di Pulau Duyong, Terengganu. Pada waktu itu, keluarganya berpindah ke Terengganu selepas gagal dalam pemberontakan menentang Siam pada dekad 1830-an. Meskipun beliau memakai gelaran al-Fatani di belakang namanya, tetapi beliau tidak dilahirkan di Patani. Nama sebenarnya ialah Syeikh Muhamamad bin Ismail Daudy al-Fatani. Beliau digelar Syeikh Nik Mat Kechik bagi membezakannya dengan seorang lagi ulama Patani sezaman, Syeikh Muhammad bin Abdullah yang biasa dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CERITA PANJI | CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa. | SASTERA | Konsep |