Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.bo.lis.me] | ميتابوليسمى

Definisi : (métabolisme) (Bio) proses kimia yg berlaku dlm semua sel hidup yg melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan pengurai­annya semula menjadi sebatian ringkas utk menghasilkan tenaga; memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme: jika ubat itu diberi-kan dlm dos yg tinggi, hati mungkin tidak mempunyai enzim yg cukup utk ~nya; ke-upayaan tubuh utk ~ makanan dan meng-hasilkan tenaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ta.bo.lis.me] | ميتابوليسمى

Definisi : /métabolisme/ ist proses kimia dan fizikal yg melibatkan pembinaan bahan makanan yg lebih kompleks dan penguraian bahan yg kompleks menjadi bahan yg lebih ringkas, dan ini menghasilkan tenaga. memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme: keupayaan tubuh utk ~ makanan dan menghasilkan tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metabolisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METABOLISME

Metabolisme ialah jumlah proses kimia yang

membolehkan sel menghasilkan bahan dan

tenaga yang diperlukan untuk hidup.

Metabolisme mempunyai dua fasa: (1) anabolisme

atau metabolisme membina, iaitu sel

menggabungkan molekul untuk membentuk bahan

organik baru, dan (2) katabolisme atau

metabolisme memusnah, iaitu sel menguraikan

molekul untuk mendapatkan tenaga dan

membebaskan haba. Semua organisma melakukan

kedua-dua fasa ini secara tetap. Rencana ini secara

khusus membincangkan metabolisme manusia,

tetapi, proses yang serupa berlaku pada haiwan

peringkat tinggi.

UMUM 
PANKREAS

Pankreas ialah organ yang didapati dalam tubuh

manusia dan haiwan bertulang belakang. Organ ini

mengeluarkan jus pencernaan yang diperlukan untuk

memecahkan bahan makanan. Ia turut mengeluarkan

dua jenis hormon, iaitu insulin dan glukagon, yang

perlu untuk mengawal keseimbangan gula dan

metabolisma (lihat Metabolisme).

UMUM 

Kembali ke atas