Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (météorologi) sains tentang atmosfera dan fenomenanya, terutamanya cuaca dan ramalan cuaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /méteorologi/ ilmu kaji cuaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meteorologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METEOROLOGI

Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera

bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang

mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi

mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara

dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga

mengukur bahan kimia di atmosfera seperti

karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi

iklim. Dengan menganalisis data tentang

atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal

keadaan cuaca.

UMUM 
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PERTUBUHAN METEOROLOGI SEDUNIA

Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World

Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi

khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja

program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi

pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk

meramal cuaca. Program ini terdiri daripada

beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia,

satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh

dunia.

UMUM 
SYMONS, GEORGE JAMES

Symons, George James (1838–1900), ahli

meteorologi British yang memulakan pengumpulan

statistik hujan pada tahun 1860. Penyelidikannya

menyediakan data kepada jurutera yang terlibat

dalam pembinaan kerja bekalan air dan kerja

pembetungan. Symons lahir di London dan

mendapat pendidikan di Royal School of Mines. Dia

menjadi Setiausaha Royal Meteorological Society

selama 23 tahun dan dua kali menjadi presidennya.

UMUM 
SENECA, LUCIUS ANNAEUS

Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah

negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik.

Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12

esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi,

satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama

tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan

oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama

tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh

dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada

kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka

berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan.

Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di

Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth.

UMUM 
PERTUBUHAN METEREOLOGI SEDUNIA

agensi khas yang ditubuhkan pada tahun 1950 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji meteorologi (cuaca dan iklim), pengoperasian hidrologi dan sains geofizik yang berkaitan.

FIZIKInstitusi/Organisasi
SAINS BUMI

Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal

usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan

dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera

dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat

luas yang menggabungkan banyak bidang

pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi,

meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal.

UMUM 

Kembali ke atas