METROPOLITAN | Metropolitan ialah gelaran ketua biskop Gereja Ortodoks Timur. Kadang-kadang, ketua biskop Roman Katolik juga dikenali sebagai metropolitan. Pada 342 M., Majlis Antioch mendikrikan bahawa metropolis (kota ibu kota) wilayah gereja hendaklah diberi pangkat yang lebih tinggi daripada biskop lain di wilayah tersebut. Para biskop hendaklah memberi nasihat kepada metropolitan tentang semua perkara melainkan hal ehwal keuskupan yang biasa. Lihat juga Ketua biskop. | UMUM | |