AGEN | Agen ialah orang yang mewakili seseorang lain dalam urusan undang-undang, perniagaan, atau lain-lain. Orang yang mengupah agen dikenali sebagai prinsipal . Jika agen bertindak di dalam kuasa yang diberikan oleh prinsipal, maka prinsipal wajib bertanggungjawab seolah-olah dia yang bertindak. | UMUM | |
ANGKA ROMAN | Angka Roman merupakan simbol yang mewakili nombor. Semua angka Roman ditulis berasaskan tujuh simbol asas, sama ada ditulis secara berasingan ataupun digabungkan. Tujuh simbol tersebut ialah I (1), V (5), X (10), L (50), C (100), D (500), dan M (1000). | UMUM | |
TELL, WILLIAM | Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia mewakili semangat gerakan kemerdekaan Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun 1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap. Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell ditangkap dan dirantai. | UMUM | |
NISBAH | Nisbah ialah pasangan nombor yang tersusun atau set yang mewakili hubungan antara nombor atau kuantiti. Nombor dalam nisbah dikenali sebagai unit nisbah. | UMUM | |
ABDUL GHANI MINHAT | Abdul Ghani Minhat (1935- ) pemain bola sepak Malaysia. Dia lahir pada 31 Disember 1935 di Rantau, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Kerjaya bola sepak Ghani bermula setelah dia terpilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya, Princess Road School, di Kuala Lumpur. Ketika berusia 14 tahun, dia menyertai Kelab Bola Sepak Polis Depot. Pada tahun 1953, dia mewakili pasukan Polis Depot dalam pertandingan Hanningan Shield. Pada tahun 1954, dia terpilih mewakili Selangor dalam Kejohanan Piala FAM dan Piala Malaya. Dua tahun kemudian dia mewakili pasukan negara dalam Kejohanan Piala Asia. Dalam perlawanan ini, Malaya menewaskan Kemboja 9-2, dan Ghani menjaringkan tujuh gol. Pada tahun 1956, Ghani membantu Selangor menewaskan Singapura 2-0 untuk menjuarai Piala Malaya. | UMUM | |
AMERIKA SYARIKAT, KERAJAAN | Amerika Syarikat, Kerajaan. Kerajaan Amerika Syarikat mewakili, menyediakan perkhidmatan, dan melindungi rakyat Amerika sama ada di dalam ataupun di luar negara. Aktiviti dan pengaruh kerajaan Amerika Syarikat dari ibu negaranya, Washington, D.C., tersebar kesemua bahagian dunia. | UMUM | |
PENDAKWA RAYA | Peguam Negara dan pegawai pendakwa di Jabatan Peguam Negara, yang menjalankan tugas pendakwaan mewakili pihak kerajaan. | UNDANG-UNDANG | Jawatan/Gelaran |
PERSATUAN PERDAGANGAN | Persatuan perdagangan ialah sebuah organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan dan mewakili sekumpulan firma perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai kesatuan masing-masing secara sukarela dan menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di dalam sebuah kesatuan perdagangan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian. | UMUM | |
MAXWELL | Maxwell ialah unit fluks magnet. Maxwell mewakili satu baris tunggal daya. | UMUM | |
TITAN | Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu, mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”. Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi. Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala dewa. | UMUM | |