Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.siat.kan] | مواصيتکن

Definisi : memberi wasiat, menentukan orang sbg waris, mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian harta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.siat.kan] | مواصيتکن

Definisi : memberi pesanan atau wasiat bkn dgn sesuatu: Beliau ~ sebahagian hartanya kpd yayasan kebajikan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wasiat (kata nama)
Bersinonim dengan pesanan terakhir, amanat, petaruh, weling;,
Kata Terbitan : berwasiat, mewasiatkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 
MUZIUM BRITISH

Muzium British, di London, adalah antara

muzium agung kebangsaan yang paling tua.

Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang

terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada

tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans

Sloane, doktor British dan juga ahli botani

mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara.

Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di

Montagu House, West End; London. Pada tahun

1847, bangunan baru telah menggantikan

Montagu House dan penambahan koleksi telah

dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium

British menarik lebih empat juta pengunjung

setiap tahun.

UMUM 
THEODOSIUS I

Theodosius I (346–395 M.) ialah maharaja Rom

yang melarang semua amalan pagan (bukan

Kristian) di Empayar Rom. Baginda terkenal di

kalangan penganut Kristian sebagai “yang Agung”.

Walau bagaimanapun, baginda merupakan

seorang pemerintah yang berpandangan cetek dan

telah melemahkan empayar dengan mewujudkan

banyak jawatan baru kerajaan dan menaikkan

cukai. Empayar Rom berpecah selama-lamanya

kepada empayar barat dan timur apabila

Theodosius mewasiatkan supaya empayar tersebut

dibahagikan di antara dua orang puteranya,

Honorius dan Arcadius.

UMUM 
MUHAMMAD AL-FATIH

Muhammad al-Fatih (833 H.– 886 H., /1429 M.–

1481 M.), sultan kerajaan Uthmaniyyah, iaitu

putera Sultan Murad II. Pada tahun 855 H. (1451

M.), baginda menaiki takhta menggantikan

ayahandanya. Baginda boleh bertutur dalam

bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi

pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam.

Baginda dikunjungi oleh para ulama, sasterawan,

penyair dan menganugerahkan sebaik-baik

penghargaan kepada mereka. Ayahandanya

mewasiatkan agar membuka kota Constantinople,

lalu baginda berusaha merealitikan cita-cita

ayahandanya dan berjaya membuka kota itu pada

tahun 857 H./1453 M. Dengan itu, baginda

dikenali sebagai (al-Fatih (pembuka)) kerana

berjaya membuka kota Constantinople iaitu ibu

kota kerajaan Byzantine. Baginda menamakan

Islambul yang bererti bandar Islam dalam bahasa

Turki.

UMUM 
SYIAH

Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang

berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah

atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang

diserahkan kepada orang ramai untuk

menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan

satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang

demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak

wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau

menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh

umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang

akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan

ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w.

telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn

Abu Talib sebagai pengganti Baginda.

UMUM 

Kembali ke atas