MIKROBIOLOGI | Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk, protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion, viroid dan juga plasmid. | UMUM | |
BIOREMEDI | Proses merawat sisa buangan dengan menggunakan kaedah biologi, seperti secara mikrobiologi, biokimia dan biologi molekul. | KEJURUTERAAN | Konsep |
DUBOS, RENÉ JULES | Dubos, René Jules (1901–1982) ialah ahli mikrobiologi Amerika-Perancis. Dia merintis kemajuan dalam penggunaan antibiotik, sejenis dadah. | UMUM | |
STREPTOMISIN | Streptomisin ialah antibiotik yang melawan bakteria tertentu yang menyebabkan penyakit. Ia dihasilkan oleh Streptomisis griseus, iaitu sejenis mikrob yang hidup di dalam tanah. Streptomisin adalah salah satu antibiotik pertama yang ditemui. Ahli mikrobiologi Amerika, Selman A.Waksman menemui streptomisin pada tahun 1943. Penemuannya dihasilkan daripada ujian terhadap lebih kurang 10 000 mikrob tanah untuk mengesan aktiviti antibiotik. Streptomisin ialah salah satu daripada aminoglikosida, iaitu sekumpulan antibiotik yang sama dari segi kimia yang turut merangkumi gentamisin dan neomisin. | UMUM | |