Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata miles


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MILES, JOHN CAMPBELL

Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali

Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum

di Queensland pada tahun 1923 dan

menamakannya Mount Isa. Pada tahun 1925, Mount

Isa Mines Limited mengambil alih semua pajakan di

kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu

menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas

dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah

bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di

Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat

Victoria, New South Wales, dan Queensland

sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908.

UMUM 
COURTSHIP OF MILES STANDISH, THE UMUM 
DAVIS, MILES

Davis, Miles (1926–1991), pemain trompet

jaz Amerika yang sangat berpengaruh dan

juga pemimpin pancaragam yang terkenal

dalam sejarah muzik jaz. Dia terkenal kerana

tiupan trompetnya yang bertenaga dan berlirik.

UMUM 
KOCH, CHRISTOPHER

Koch, Christopher (1932– ) ialah penulis

Australia yang memenangi Miles Franklin

Award pada tahun 1986 kerana karyanya The

Doubleman (lihat Franklin, Miles).

UMUM 
ANSETT, SIR REGINALD

Ansett, Sir Reginald (1909–1981), mempelopori

pengangkutan udara secara komersial di Australia.

Reginald Miles Ansett lahir di Inglewood, Victoria.

Dia memperolehi lesen juruterbang pada tahun

1929.

UMUM 
PARK, RUTH

Park, Ruth (1923– ) ialah penulis Australia

yang memenangi anugerah Miles Franklin pada

tahun 1977 kerana novelnya Swords and Crowns

and Rings.

UMUM 

Kembali ke atas